Friday, November 28, 2014

Syurga dalam hati

Sembang petang di group whatsapp hari ini sangat ringkas tapi sangat menusuk dan turut meruntun sanubari. Semuanya bermula bila salah seorang dari kami bertanya apa maksud "rindukan Allah"? Ada yang kata maksudnya:

"Rindu utk beribadah"

"Rindukan saat antara kita dengan Allah sahaja"

Namun yg paling menyentap hati bila ada yg kata "rindukan Allah bermaksud rindu utk kembali kepada Allah". Allahuakbar...

Kadangkala seolah2 terlupa kita ini datang dari Dia dan pasti kembali kepada Dia. Siapakah di antara kita yg ada terdetik perasaan tak sabar utk bertemu Tuhannya??

Dan yg paling menusuk, tatkala seorang sahabat menukilkan maksud kata2 Ibnu Taimiyyah: "Dalam dunia ini ada 'syurga', dan ia hanya boleh dirasa oleh lubuk hati yg paling dalam.."

Iaitu hati yg basah dengan kerinduan pada Tuhannya, yang sarat dengan keinginan utk bersama Tuhannya... dan sesiapa yg tidak mampu merasa 'syurga dunia' itu, tidak akan merasa syurga di sana nanti.

Allah.. ampunkan kami seandainya kami menzalimi hati kami dengan membawanya jauh dari-Mu.

Wednesday, November 5, 2014

Saya Suka Orang Bisnes

Bismillah.

Saya suka orang yang buat bisnes. Terutamanya orang yang menjadi founder kepada sesuatu bisnes, bukan yg menyambung bisnes warisan yang sudah maju zaman berzaman. Mungkin kerana saya rasa saya memahami serba sedikit pahit manis kehidupan yang mereka lalui sejak berkecimpung dalam dunia bisnes.

Tak ada satu pun bisnes yang bermula dengan kesenangan apatah lagi kemewahan. Percayalah, banyak rintangan fizikal & mental yang dihadapi. Namun demi mencari rezeki, demi membantu memenuhi keperluan orang lain, mereka tetap tak putus asa. Tetap tak berhenti berjuang.

Bila saya lihat orang yg membuka gerai menjual makanan atau pakaian, pada saat mereka ditimpa hujan atau panas terik, mereka memilih untuk bertahan. Mereka cuba untuk terus menawarkan khidmat terbaik kepada pengguna. Bagi mereka cuaca bukanlah halangan untuk mereka terus berusaha mencari nafkah.

Kerana itu sejak saya sendiri ber bisnes, apabila saya mahu membeli dari orang lain, terutama bisnes2 kecil, saya tidak sampai hati untuk diminta kurangkan harga. Lagi2 kalau saya sekadar membeli satu dua perkara. Sekadar untuk menghargai mereka, juga untuk buat mereka gembira walaupun pada hakikatnya RM3 atau RM5 itu terlalu kecil jumlahnya.

Saya suka orang yg buat bisnes kerana saya percaya mereka adalah orang-orang yang memiliki pelbagai bentuk pengalaman. Saya yakin bahawa dunia perniagaan telah banyak mengajar mereka untuk menjadi orang yg cekal, yang selalu mengalah demi kepuasan hati orang lain, yang banyak berurusan dengan kerenah manusia. Bisnes juga menjadikan ramai orang semakin dekat dengan Tuhan. Mereka belajar dan semakin hari semakin sedar bahawa rezeki dan pelanggan adalah kuasa Tuhan satu-satunya.

Dan satu lagi yang saya suka tentang orang bisnes ialah; mereka kebanyakannya selalu merendah diri. Ramai orang bisnes yg berpakaian biasa-biasa sahaja, malah kadang2 cuma bercapal terutama pada hari biasa, sedangkan duit mereka lebih dari mencukupi kalau mereka mahu bergaya dengan mewah. 

Orang bisnes, mereka banyak manambah nilai dalam kehidupan orang lain. Mereka setiap masa mencuba untuk memberi yang terbaik untuk orang lain. Mereka selalu tersenyum meski dalam hati sarat kerisauan atau kesedihan, semuanya demi orang lain, demi pelanggan.

Orang bisnes, mereka hidup dengan banyak memberi. Masa, perkhidmatan, kata-kata yang baik, pertolongan demi pertolongan dan pelbagai lagi perkara yang mereka beri. Mungkin kerana itu mereka adalah orang-orang yg cekal, dan mampu mencipta bahagia dengan cara memberi sebanyak-banyaknya. Orang bisnes adalah antara orang-orang yang benar-benar memahami bahawa bahagia itu adalah dengan memberi.

Wallahua'lam. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...