Monday, March 16, 2015

Mungkin Anda Juga Seperti Saya



Bismillah.

Dulu saya selalu tertanya kenapa orang yang dah kaya atau jutawan masih nak tambah duit lagi sampai ada yg sanggup guna cara kotor. Bukan ke duit mereka sudah sedia banyak?

Tapi sekarang baru saya faham kenapa. Sebab saya baru sedar bahawa saya juga seperti orang-orang kaya itu. Bukan dari segi ada banyak duit, tapi dari segi tak rasa cukup dengan duit yang ada. Masih terasa duit yg ada itu tidak cukup, nampak sedikit dan mesti tambah lagi dan lagi. Sedangkan dulu ketika bergelar fulltime housewife & duit bukan agenda utama, dalam bank tak sampai RM1k pun tak apa. Bahagia je. :)

 Sungguh saya sangat faham sekarang betapa duit takkan mampu memberi kepuasan. Sebanyak mana pun duit yg kita ada, kita akan selalu nampak bahawa jumlahnya sedikit dan kita pasti mahukan lebih lagi. Akhirnya akan sampai satu tahap kita akan rasa penat dan mungkin tertekan, terutamanya jika kita tak mampu capai target jumlah yg kita mahu.

Tak salah untuk kumpul duit, tapi jangan jadikan ia matlamat utama kita.

Macam saya buat bisnes sekarang, suami selalu pesan, jangan terlalu aim untuk ada duit sekian sekian jumlah, tapi FOKUS UNTUK BUAT YG TERBAIK DAN BERI YG TERBAIK, dan inshaAllah duit akan datang dengan sendiri.

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana hantarkan seseorang untuk mengingatkan tatkala saya terlupa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...