Saturday, December 31, 2016

TIPS SURVIVAL UMRAH UNTUK WANITA


1) Ketika tawaf: 

a) pakai seluar kat dalam jubah, bukan kain. Ini untuk mengelak dari melecet di peha yang lebih menyulitkan ibadat yang memerlukan kita untuk banyak berjalan.

b) pakai kasut bersih khas untuk tawaf. Untuk pengetahuan anda, lantai di tempat tawaf adalah lantai tile. Jadi kalau kita cuma pakai sarung kaki, agak tak selesa untuk berjalan sebab sedikit licin dan kaki pun cepat sakit. (Sarung kaki juga akan cepat koyak) Jadi disarankan agar kita memakai kasut khas untuk tawaf (kasut sarung contohnya) yang memang bersih dan tidak dipakai di tempat lain.

Rupa lantai di kawasan tawaf :)


c) Jalan secara mengiring ketika hendak masuk pusingan tawaf atau keluar dari tawaf. Jangan melawan arus. Ia lebih mudah dan paling penting, ia tidak menyusahkan orang lain yang sedang tawaf.

d) Kalau terpaksa berseorangan melakukan tawaf dan anda takut untuk lakukannya di kawasan yang betul-betul sekeliling Kaabah (kerana terlalu sesak), boleh pergi ke tingkat 1. Di sana lebih lengang dan tidak perlu bersesak dengan orang lain (cuma pusingan tawafnya lebih jauh)

Pemandangan dari level 1 Masjidil Haram

e) Untuk yang sudah uzur, boleh upah pekerja di Masjidil Haram untuk tolak di atas kerusi roda.

2) Ketika sa'ie. Sama seperti tawaf; iaitu pakai seluar di dalam jubah dan pakai kasut. Biasanya perjalanan saie lebih laju berbanding tawaf sebab kurang sesak. Jadi mengikut pengalaman saya, agak susah nak berjalan dengan laju jika sekadar memakai sarung kaki. Lebih baik berkasut. Untuk saie, anda juga boleh guna kerusi roda atau motor. Di tingkat atas sekali untuk saie, ada disediakan motor khas (lebih kurang ATV) yang boleh kita naik (kalau tak silap boleh naik berdua) dan perlu bawa sendiri. Ada bayaran dikenakan.

3) Pakai niqab. Selain untuk mengelakkan diri daripada diganggu, niqab juga membantu melindungi wajah ketika panas terik dan juga ketika ribut pasir (adakala ia berlaku). Niqab boleh dibeli sebelum berangkat ke sana atau boleh juga beli di sana. Ada banyak pilihan dengan harga yang murah.

4) Pakaian:

a) Untuk jubah, tak bawa banyak pun tak apa. Dalam 4-5 helai jubah pun sudah lebih dari cukup. InshaAllah ada masa untuk basuh jubah tu. Boleh basuh sendiri (boleh beli sabun di sana) atau hantar ke laundry service di hotel (biasanya ada servis ni di setiap hotel). Kalau tak cukup jugak, boleh beli jubah di sana. ;)

b) Di sana boleh pakai selain jubah? Boleh, nak pakai jubah seluar boleh, blouse labuh dengan skirt boleh, pakai baju kurung pun boleh. Asalkan menutup aurat. Saya faham, biasanya waktu pertama kali kita nak ke tanah suci, kita akan fikir yang di sana hanya boleh pakai jubah hitam atau telekung sahaja. :)

c) Pakai yang mudah. Lagi bagus tudung & baju yang ironless. Kalau memang kedut jugak, dan tak sempat iron + segan nak keluar sebab kedut, boleh pakai telekung kat luar jubah. Kat sana memang tak pelik pun kalau ke sana sini bertelekung. :D

d) Bawa mini telekung (yang kurang labuh daripada telekung yang biasa kita guna), dan boleh juga bawa telekung tanpa kainnya. Sebab biasanya di sana kita memang akan pakai telekung siap-siap dari hotel ke masjid, jadi lebih mudah untuk pakai telekung sahaja tanpa kainnya. Dan di masjid nanti tak ada masalah untuk solat terus walaupun tak ada kain telekung tu. Asalkan menutup aurat sempurna. Mini telekung tu juga boleh dijadikan sebagai tudung kita sepanjang di sana.

e) Jangan lupa bawa hanger. Tapi kalau lupa, boleh beli di sana. ;)

5) Bawa beg kasut.  Di Mekah terutamanya, rak kasut tidak banyak dan kalau ada pun, ada risiko kita lupa di mana rak yang kita letak kasut kita. Dan boleh jadi juga kita terpaksa keluar dari masjid menggunakan pintu yang tak sama dengan pintu ketika kita masuk. Jadi sebaiknya bawa kasut ke mana sahaja ketika kita berada dalam masjid. Ada orang guna plastik, tapi saya sarankan anda bawa sarung kasut berzip untuk mengelakkan kotoran dari kasut jatuh di dalam masjid. (Untuk Madinah, rak kasut ada banyak dan tak susah untuk cari pintu keluar yang sama, jadi kalau taknak bawa beg kasut pun tak apa, tapi tetap ada risiko kasut tertukar/diambil orang)

6) Makanan. Untuk umrah, biasanya tak timbul isu "makanan tak kena dengan tekak Melayu". Tapi kalau anda nak bawa makanan juga, cukup bawa sambal atau sos cili. Sepanjang saya pergi umrah dan haji, saya belum jumpa lagi sos cili style Malaysia di sana. Kat sana banyak fast food juga, jadi kalau sekali sekala teringin makan fast food, memang takkan lengkap rasanya kalau tak cicah sos cili Malaysia kan? :) Tapi biasanya umrah ni tak ada masalah sangat tentang makan, lagipun tempoh umrah pun tak lama. Bekalan makanan lain tak perlu bawa, sebab kat sana ada banyak mall/ supermarket. Nak beli sayur, bawang, 3 in 1, semua ada. :)

7) Isu tandas. Di Mekah, tandas memang agak jauh dari tempat solat. Kalau anda tinggalkan tempat solat untuk pergi ke tandas, biasanya anda takkan dapat duduk semula di tempat yang sama. terutamanya jika sudah hampir masuk waktu solat. (Di sana biasanya kita berada di masjid sejam sebelum azan, kalau lambat, tempat penuh dan pintu akan ditutup) Tapi untuk anda yang nak stay lama di masjid dan tak nak risau tentang masih ada tempat untuk solat atau tidak selepas balik dari tandas, anda boleh solat di bahagian bangunan masjid yang baru, bahagian extension Masjidil Haram yang ditambah, berhadapan dengan hotel Intercontinental. Ia lebih dekat dengan tandas. Dan di situ juga kurang penuh (mungkin kerana di situ jauh dengan kaabah dan tiada tempat tawaf). Saya juga sarankan anda untuk pergi solat di situ jika anda terpaksa pergi lewat sedikit ke masjid. Setengah jam sebelum masuk waktu sudah dikira lambat dan ada kemungkinan pintu masjid (bukan di bahagian bangunan baru) ditutup dan terpaksa solat di luar, adakala di luar juga penuh.

Bahagian bangunan baru.
Setakat itu sahaja yang sempat saya kongsikan buat masa sekarang. Saya belum arif tentang hukum hakam ketika di sana, tapi untuk yang bertanya tentang isu haidh ketika umrah, saya sarankan anda baca di link ini:  https://m.facebook.com/notes/sunnah/bagaimana-wanita-haid-selesaikan-umrah/335294028459/

Semoga bermanfaat!


Friday, December 30, 2016

Bercerita Tentang Mimpi

Bismillah.

Anda pernah mimpi indah yang anda rasa anda takkan lupa sampai bila-bila? Yang anda sangat ingat tentangnya lepas anda bangun dari tidur. Kebiasaannya, kita akan lupa apa yang kita lihat dalam mimpi, tapi ada juga sesetengah mimpi yang sangat segar dalam ingatan sehingga bertahun-tahun.

Masa saya kecil, Ma (ibu saya) pernah cerita tentang satu mimpi yang dia amat ingat dan beri kebahagiaan pada hatinya setiap kali terkenangkannya. Bukan sekali Ma bercerita tentang mimpi itu akan tetapi berkali-kali. Dulu saya tak berapa mampu hargainya kerana saya masih kecil, dan bagi saya, ia hanya mimpi dan mungkin tiada apa yang istimewa tentangnya. Mimpi Ma yang satu itu sangat indah, sangat menenangkan kalau anda cuba bayangkannya. ;) Kata Ma, dalam mimpi tu, Ma berada di satu padang lapang yang sangat hijau, dan dalam mimpi itu, Ma naik daun terbang. Daun besar yang bawa Ma ke seluruh padang yang hanya Tuhan tahu betapa indah ia kelihatan di mata Ma. Saya tak tahu apa tafsirannya, tapi cukuplah jika ia mampu membahagiakan Ma setiap kali bercerita tentangnya. <3

Mungkinkah padang hijau begini yang ada dalam mimpi Ma?

Dan baru-baru ini, saya pula didatangi satu mimpi yang amat saya ingat setiap inci dan apa yang berlaku di dalamnya. Dalam mimpi tersebut, saya sudah berpindah di rumah baru, yang berhampiran dengan Jambatan Pulau Pinang yang kedua (memang agak pelik). Dan rumah tersebut ialah kondominium yang di luar tingkapnya adalah air terjun kecil buatan manusia. MashaAllah saya tak mampu berhenti tersenyum setiap kali teringat suasana yang indah dalam mimpi tersebut.

Rumah kami dalam mimpi tu bukanlah besar atau mewah, tapi bagi saya ia cukup indah, segalanya putih, dan sedikit hiasan bunga berwarna merah jambu, seperti English Style. Walaupun di Malaysia, tetapi atmosfera nya seolah-olah di satu tempat di luar Malaysia. Dan dalam mimpi itu juga, tak ramai yang tahu bahawa saya sekeluarga telah berpindah ke sana. Tapi kami ada adakan house warming buat sahabat terdekat. 

Putih yang menenangkan. :)


Saya pun tak tahu apa makna mimpi tersebut, tapi saya seolah-olah merasakan bahawa ia adalah satu permulaan baru yang bahagia buat saya sekeluarga. Boleh jadi ia tiada apa-apa makna dan sekadar mimpi, tapi tak salah kan andai saya berharap mimpi tersebut akan jadi kenyataan suatu hari nanti? <3 

Waterfall dalam mimpi tu bukan macam ni, dan tak jumpa pun kalau google. Sebab ia cuma wujud dalam mimpi saya. :)

Okaylah, tepat jam 1am. Saya undur diri dulu. Tadi hati sangat memaksa untuk saya menulis sesuatu di blog ini, sebab tu saya coretkan juga sesuatu di sini sebelum tidur. Selamat malam. Mimpi indah! :)



Thursday, December 15, 2016

Dia; At Thahirah


Bangga rasanya mempunyai ibu sehebat Saidatina Khadijah RA, mashaAllah. Betapa kuat semangatnya, betapa berani dia melibatkan diri dalam bidang yang ketika itu hanya didominasi oleh orang lelaki.


Khadijah RA bukan peniaga yang biasa-biasa, dia adalah peniaga yang sangat berjaya. Wanita hartawan yang amat menjaga kemuliaan dirinya (sehingga dikenali sebagai at Thahirah) dan banyak membantu golongan yang memerlukan.



Khadijah RA ibu kita, maka seharusnya kita mengikuti jejak langkahnya. Tidak semestinya kita turut menjadi ahli perniagaan sepertinya, akan tetapi alangkah bagus jika kita berjaya meminjam semangat darinya. Tidak gentar menjadi golongan minoriti dan tidak leka dalam berbakti kepada insan lain. 



Ada sebab kenapa Allah memilihnya sebagai ibu kita, juga sebagai isteri pertama Rasulullah sollallahu alaihi wasallam. Bukan saja-saja takdir dilakar sedemikian, namun ia adalah sebagai suri tauladan, sebagai contoh insan hebat sepanjang zaman, Allahuakbar. Masih mahukah kita untuk terus berpaling dari menjejak langkah ibu kita yang hebat ini? ❤

Tuesday, December 13, 2016

Inspired by Khadeeja (RA)

Bismillah.

www.elsajida.com

Cuba tanya diri kita, siapakah wanita yang selama ini menjadi idola kita? Yang kita selalu berharap untuk menjadi seperti dia? Yang selalu kita letakkan hashtag #goals pada apa-apa sahaja yang dia lakukan? Artis? Blogger famous? Instafamous? 

Terkadang tersentak juga apabila teringat bahawa kita ini sebenarnya belum benar-benar mencuba sehabis baik untuk menjadi seperti contoh wanita teladan yang telah Allah beri kepada kita, salah satunya Saidatina Khadijah Radhiyallahu 'anha. Ya, kita tahu Khadija RA itu wanita syurga, isteri insan paling agung, dan banyak berkorban untuk agama. Namun, setakat itu sahajakah yang kita tahu? Dan dari apa yang kita tahu itu, apakah yang kita boleh contohi? Berapa banyak jejaknya yang telah kita ikut?

Memikirkan situasi Muslimah zaman kini yang adakala merasa sedih kerana tidak mampu sepopular dan secantik wanita yang dilihatnya di alam maya, kami dari El Sajida mahu mengajak kita sama-sama untuk mula menjadikan inspirasi sebenar dalam mendidik diri menjadi wanita terbaik. Kita bukan mahu cari populariti, kita tak mahu orang ramai menyebut-nyebut kita ini cantik dan sebagainya, tapi kita sebagai hamba wanita, mahu disebut-sebut di langit sana, mahu menjadi terkenal di kalangan penduduk langit. Biarlah di mata manusia kita ini bukan siapa-siapa, asalkan di mata Tuhan, kita ini calon ahli Syurga.

Semua wanita yang masih hidup kini, termasuk wanita yang kita agungkan, mereka belum ada jaminan bahawa mereka adalah manusia yang berjaya di Akhirat sana. Hanya para Sahabiah RA lah yang kita tahu telah berjaya di dunia dan di Akhirat. Kerana itu rugilah seandainya kita tidak cuba untuk mengikuti langkah mereka yang telah Allah janjikan syurga. 

Dengan hashtag #inspiredByKhadeeja ini, kami mengalu-alukan anda semua untuk berkongsi apa sahaja yang anda tahu dan pernah baca/dengar tentangnya. Samada dari Sirah, hadith tentangnya (sebaiknya disertakan sumber), atau apa sahaja quotes yang ada berkaitan Khadijah RA. Semoga dengan adanya hashtag ini, lebih ramai lagi yang akan mengenali sumber inspirasi sebenar setiap muslimah, dan lebih penting lagi, supaya lebih ramai yang mahu berusaha untuk menjadi seperti Khadijah RA. InshaAllah. 

Friday, December 9, 2016

Persaingan Brand Fesyen Muslimah

Bismillah.

Jam menunjukkan angka 4:48am dan saya di sini masih berjaga. Waktu sebegini sebenarnya yang amat saya nantikan, sebagai me-time session. Kalau tanya saya, apa yang biasa buat pada me-time, jawapannya; update blog, study tentang bisnes, atau baca buku. Dan malam ini, nak tahu aktiviti yang mana yang saya pilih? Jawapannya; study tentang bisnes.

Suami saya selalu kata, dalam dunia ni sebenarnya semua perkara dah diberitahu caranya, samada kita mahu cari serta amalkannya atau tidak. Nak berjaya dalam apa sahaja bidang, semua tips dah ada. Contoh-contoh orang yang berjaya dalam setiap bidang juga dah ada. Tiada yang rahsia. Cuma samada kita memilih cara yang tepat untuk diikuti atau tidak. Tak perlu lama tertanya yang mana tips yang tepat, ikut sahaja cara orang yang sudah berjaya, inshaAllah kita juga akan berjaya. Kerana jalan yang dilaluinya dalam menuju kejayaan itu sudah terbukti membuahkan hasil. Usah terlalu lama berfikir samada tips itu ini akan menjadi atau tidak, tapi perlu SEGERA BERTINDAK! Dalam bisnes, kita tak perlu tunggu kita tahu semua perkara baru mahu bertindak, tapi yang penting adalah bertindak pantas bagi setiap perkara yang kita mahu lakukan, berbekalkan ilmu yang ada.


Gambar Hiasan

Kerana itu, saya cuba stay up beberapa jam malam ini semata-mata untuk belajar dari brand-brand besar. Saya cari apa strategi-strategi mereka dan ternyata, dari hasil pencarian saya, El Sajida perlukan banyak pembaharuan serta peningkatan. Ada banyak kesilapan yang dilakukan sebelum ini, akan tetapi tak mengapa. Kerana dari kesilapan itu, terlalu banyak pengalaman berharga yang kami pelajari dan yang paling penting, kami tidak akan mengulangi lagi kesilapan tersebut. Kami percaya bahawa setiap fasa yang kami lalui selama ini, tiada satu pun yang sia-sia. Kerana kami yakin bahawa Tuhan tidak pernah meletakkan kami di sesuatu tempat tanpa sebarang hikmah. Sepanjang perjalanan ini, terlalu banyak mutiara berharga yang telah kami kutip.

Saya akui, akhir-akhir ini saya agak merasa down tentang El Sajida. Bukan apa, down apabila memikirkan betapa makin hebat persaingan dalam bidang fesyen muslimah. Dan juga agak termenung juga memikirkan bagaimana El Sajida mahu bersaing dengan model-model cantik dari brand lain, serta bagaimana untuk kami melebarkan sayap dengan meneruskan konsep kami yang menutup wajah model? Wajah model memang memainkan peranan penting dalam memasarkan sesuatu produk, terutamanya untuk pelanggan mengenali dan 'ingat' brand kita. Jadi bagaimana dengan brand yang tiada wajah model untuk 'diingati' oleh pelanggan?

Contoh model El Sajida. :)

InshaAllah saya dah jumpa caranya. Dan El Sajida kini dalam proses untuk membaiki apa yang kurang selama ini. Saya yakin, Tuhan pasti akan tunjukkan jalannya dan pasti bantu memudahkan urusan. <3 Tapi dalam masa yang sama, kami juga harus banyak lagi menuntut ilmu bisnes serta 'pulun' untuk terus beri yang terbaik untuk pelanggan.

MashaAllah betapa perjalanan ini bukan mudah, tapi saya pegang pada kata-kata bahawa orang yang hebat, akan diuji dengan hebat.

Okaylah, saya nak berehat seketika sebelum masuk hari baru. :) Kalau nak tengok lagi apa kelainan model kami dengan model brand lain, click www.elsajida.com.



Tuesday, November 22, 2016

Tips Elak Fokus Terganggu kerana Handphone

Bismillah.

Hari tu ramai yang tanya saya macam mana caranya untuk tak terganggu fokus gara-gara social media atau secara generalnya, oleh handphone. Saya cuba kongsikan salah satu caranya, walaupun mungkin tak berkesan pada semua orang.

Saya tulis note sahaja ya, sebab nak kejar masa untuk masuk pejabat dan buat kerja lain.

1) TURN OFF NOTIFICATIONS untuk semua apps dalam hp kita kecuali yang betul-betul penting & urgent untuk diambil immediate response contohnya whatsApp. Semua notifications di social media dan mana-mana apps memang sengaja dibuat warna merah untuk tarik perhatian kita.

2) Pilih masa-masa khas untuk reply apa-apa mesej/email. Contohnya, anda tetapkan supaya waktu untuk reply mesej adalah pada jam 9am, 2pm & 8pm. Kiranya masa tu anda reply mesej secara pukal. Jadi tak perlulah anda banyak kali buka apps semata-mata untuk reply, sebab bila selalu bukak apps, biasanya kita bukan bukak untuk reply apa yang penting sahaja, tapi akan melencong tengok itu tengok ini, komen itu komen ini. Sekali tengok boleh makan masa sampai 30minit sebab terleka. Bayangkan kalau 9-10 kali sehari bukak apps? Banyak jam akan berlalu tanpa kita buat perkara yang lebih penting.

3) Untuk orang bisnes, (tak bisnes pun boleh cuba), untuk apa-apa yang anda nak post di social media, sediakan satu waktu khas untuk tulis banyak-banyak atau siapkan gambar semua banyak-banyak untuk apa yg anda nak post, buat dalam satu folder. Bukannya setiap kali nak post tu barulah nak tulis atau nak amik gambar. Kalau ada apps yg boleh buat schedule post, lagi bagus.

4) Delete App facebook di handphone. Sebab saya rasa majoriti antara kita akan ada masalah yang sama iaitu dah terbiasa kejap-kejap nak bukak FB walaupun tak ada benda penting nak buat kat FB tu. Saya pun sama, sebab tu saya dah buat cara ni iaitu delete App FB. Bukan suruh deactivate FB tau, tapi jangan ada app FB kat handphone. Bermakna, kalau anda nak bukak FB, guna lah laptop. :) Cara macam ni akan kurangkan masa kita menghadap FB sebab zaman sekarang memang orang dah kurang bukak laptop sangat kalau bukan waktu kerja, dan ramai lagi prefer untuk bukak handphone sahaja. Saya dah cuba & berkesan & lebih tenang. Kalau ada benda yang saya nak post barulah saya akan on FB di laptop, dan masa tulah saya akan baca newsfeed kejap, atau reply apa-apa komen serta mesej yang ada. Percayalah, tengok FB banyak-banyak, akan sangat mengganggu emosi. Emosi cepat berubah-ubah sebab status kawan-kawan di newsfeed ada macam-macam tema. Betul tak? Ada yang sedih, ada yang gembira, ada yang terharu, ada yang kelakar, ada yag menyakitkan hati, dan sebenarnya bila terlalu cepat emosi berubah, ia akan buat otak kita letih. Lagipun, kita tak dapat apa pun bila terlalu banyak tengok FB. Tak gembira dan tak memuaskan hati pun.

5) PALING PENTING: buat detailed schedule tentang apa yang anda nak buat setiap hari. Tulis siap-siap, pukul sekian-sekian, kita nak siapkan kerja sekian-sekian. Bila ada target macam ni, memang inshaAllah kita akan lebih fokus dan tahu nak buat apa. Jangan multitask. Multitasking hanya akan mengganggu fokus dan akhirnya tak ada kerja yang siap sempurna sebab semua nya dibuat ala kadar gara-gara terlalu sibuk buat macam-macam kerja dalam satu masa.

Okay, moga-moga ada mana-mana step di atas ni yang boleh anda praktik dan bermanfaat untuk anda. Selamat menjadi muslim yang lebih produktif dan fokus buat kerja!

Let's be productive rather than busy.

Sunday, November 20, 2016

Writing as a Therapy.

Bismillah.

Currently blogging via laptop. Okay, since blogger App for mobile is no longer exists, I need to wait for myself to have the time to switch on my laptop to update this blog. My writing here isn't the same with my writing in my personal Facebook & Instagram. Why? Perhaps because the feeling is different, and the atmosphere is not the same. I kinda write very formally in Facebook and the least formal in Instagram, so here, I guess it's between those two stages. ;)

Seriously I actually wonder if there are still people who enjoy bloghopping or reading blogs. Especially my blog. And since I am not really sure who are my audiences, I can't really decide to have a theme for each and one of my writings. I write very randomly. And surely I have this kind of syndrome; having so much to write when not on Blogger and have nothing in mind when I actually log on to Blogger. *facepalm* And that's the reason why till this paragraph, I am still not sure what topic I wanna write about.

Well, do you know about writing therapy? Yeah I don't know much about it as well, but I agree that writing is a therapy. But one thing I know about it is; between typing and writing with pen, surely the later is better. It is proven as well that writing on papers (using pen/pencil) can help to reduce stress, and to reach our target. That's why it is said that, if you have dreams (of course you do), write them on paper, inshaAllah it will come true. Not magic or anything mystic, it's just that when we write them down, it will make us more aware & focused on what we really want in this life. And somehow it will stay in our subconscious mind which can help the body & mind to keep having this dream in focus till one day it becomes a reality.

I recommend you to write your detailed daily schedule as well as your everyday to-do-list on paper. Have a journal. (journal isn't a diary). I don't want to write more about journal tonight. Some time later, inshaAllah.

Persistence. :)

If we want to improve our language, writing is one of the best tools as well. And if we wanna be a writer, the only thing that can help us to write better is to write more & more. That's what I am trying to do. Though not many people will read my writings, it is more important for me to practice writing. Writing is a therapy, can you feel it? Coz I can. <3

So, just write. Write anything that you have in mind. Write as if nobody will read what you write. :)

P/s: I love blogging at night with the sound of relaxing piano as the background music. It's beautiful, and calming. Do you feel what I feel? ;)

Sunday, October 30, 2016

TIPS BUAT SALES GUNA FB (Part 1)

Bismillah.

Alhamdulillah selesai tonton video dari Sifu FB Ads, siapa tak kenal Sifu Jamal kan? ;) Orang bisnes mesti kenal, lagi-lagi yang buat bisnes secara online. Okaylah, saya terus share ye apa yang saya dapat dari video yang saya tonton tadi. Saya share sikit-sikit dulu AGAR LEPAS ANDA BACA NI, TERUS PRAKTIK! Saya pun macam tu, tengah berkobar nak praktik terus apa yang Sifu ajar tadi. :D

Okay, jadi apa tips pertama untuk buat sales pantas menggunakan medium Facebook? Tips nya ialah bina TRUST di kalangan pelanggan kita. Meh saya senaraikan antara langkah-langkah penting untuk membina trust:

1) DEMO: Letak video/gambar cara menggunakan produk kita (video lebih baik). Contohnya saya jual tudung labuh. maka yang terbaik ialah untuk saya buat tutorial pakai tudung yang saya jual. Atau boleh juga buat video produk kita sedang digunakan.

2) PROFILE PIC SENDIRI: Untuk Facebook personal kita, kita seharusnya menggunakan gambar sendiri. Supaya orang tahu bahawa kita memang wujud dan 'real'.

3) SOCIAL PROOF: Cara untuk dapat social proof ialah dengan menaikkan jumlah followers/fans page kita. Orang lebih cenderung untuk membeli dari page yang lebih ramai fans. Selain itu, boleh juga naikkan jumlah komen di post-post FB kita. Perlu tahu cara bagaimana untuk menarik pembaca agar meninggalkan komen di post kita.

4) FAKTA: Gunakan fakta/info saintifik yang berkaitan produk anda. Contohnya anda jual produk kesihatan yang mengandungi ginseng, jadi anda boleh banyakkan share tentang kebaikan ginseng dari segi saintifik dan kesihatan.

5) TESTIMONI: Letak gambar testimoni banyak-banyak, kalau boleh kat FB ads pun letak juga. Dan bagus juga kalau kita buat satu album khas yang mengumpulkan semua testimoni berkaitan produk kita. Kalau customer tak beri testimoni, kita boleh cuba minta dari mereka.

6) TUNJUKKAN BISNES KITA REAL: Caranya ialah; banyakkan gambar aktiviti bisnes kita, e.g; gambar staff buat kerja, gambar customer, gambar mesin-mesin yang digunakan untuk produk kita etc.

7) OWNER: Sekali sekala perlu upload gambar owner dan aktiviti owner. Contohnya gambar owner berurusan dengan customer, video owner share tips, atau apa sahaja gambar aktiviti owner yang berkaitan bisnes tersebut. Lagi bagus kalau kita wujudkan watak pada owner tersebut. Kalau untuk El Sajida, watak owner diletakkan sebagai Kak Jida. ;)

8) AUTORITI: Kalau ada dapat award, tunjukkan. Kalau masuk TV, majalah, suratkhabar, kongsikan juga. Ini termasuk juga dengan cara kongsikan gambar artis/public figure menggunakan produk kita.

9) KONSISTEN: Mesti konsisten dalam mengkilankan produk, buat iklan FB Like Marketing, dan konsisten update page.

10) JAMINAN: Letak jaminan kepada customer. Contohnya, kalau mereka guna produk kita tapi tak berkesan, wang mereka akan dikembalikan.

11) RELATIONSHIP: Wujud two-way communication antara kita dan customer. Jika mereka tanya/komen apa-apa, kita mesti jawab dengan sebaik mungkin.

Jadi inilah 11 cara untuk kita membina TRUST pelanggan terhadap produk kita. InshaAllah saya akan share lagi TIPS seterusnya tapi pastikan anda praktik dulu mana-mana langkah di atas ni. Senang je kan? ;)

Boleh share untuk manfaat bersama.





Thursday, August 25, 2016

Tips Pergi Haji di Usia Muda

Bismillah.

Tahukah anda? Kalau anda baru mendaftar haji dalam masa terdekat ini, giliran anda menunaikan Haji adalah pada tahun 2100 ke atas? (Diberitahu dalam kursus Haji Perdana baru-baru ini.) Sanggup anda menunggu sepanjang tempoh itu?

Jangan risau. Itu cuma anggaran tahun. Tak mustahil boleh dipercepatkan lagi dengan izin Allah. Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk “lajukan” giliran kita. Cara-cara ni semuanya inshaAllah boleh dilakukan oleh anda semua. Saya tulis ringkas dalam bentuk point sahaja ya, supaya lebih jelas dan mudah difahamkan.

Ada 4 langkah semuanya;

 1) Buka akaun Tabung Haji.

 2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawanganTH, laman web TH: www.tabunghaji.gov.my, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB

 3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k. Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung. (Contoh cara menabung akan diberitahu di akhir artikel).

 4) a) Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.

b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).

c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya? Tak mustahil. :)

 d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.

 e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.


Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda. Boleh jadi giliran anda pada asalnya ialah tahun 2048, tapi pada tahun 2018 anda sudah berjaya mendapatkan giliran setelah membuat rayuan. Tidak mustahil, dengan izin Allah.

Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya. Namun jika giliran itu tetap juga tidak datang seawal yang anda harapkan, usahlah kecewa, teruskan berusaha, teruskan membuat rayuan SETIAP TAHUN dan yang pasti, berdoalah di sepertiga malam tentang hasrat anda untuk mengunjungi rumahNya, buktikan anda betul-betul mahu ke sana.

Ibadah haji bukan milik orang kaya. Ia milik semua. Ada orang kaya yang tidak dapat pergi kerana masalah kesihatan, ada orang yang kurang kaya tapi dapat juga akhirnya menunaikan haji kerana gigih menabung serta tidak henti berdoa. Allah yang berhak pilih siapakah tetamuNya, maka buktikanlah kepada Dia bahawa anda sungguh-sungguh mahu ke sana dengan segera, ketika umur masih muda dan jasad masih kuat.


Nota cara menabung secara ringkas: 

1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?

 2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).

Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.


P/s: Atau nak cara lebih cepat untuk dapat kuota haji, kahwinlah dengan orang yang giliran hajinya tidak lama lagi. ;) Jika suami sahaja yang mendapat tawaran, isteri boleh buat rayuan dan kebiasaannya pihak Tabung Haji akan luluskan permohonan tersebut tapi pastikan RM10k tersedia di dalam akaun Tabung Haji. Dan untuk kes isteri (yang berumur 44 tahun ke bawah) yang mendapat tawaran haji, suami tak perlu risau kerana secara automatik suami akan dapat pergi bersama isteri kerana si isteri wajib ada mahram. 

 P/s/s: Boleh betulkan jika ada mana-mana point saya yang tersilap, terima kasih. :) Silakan share untuk manfaat bersama atau sebagai rujukan anda pada masa hadapan. 


Terimalah kami sebagai tetamuMu ya Allah.

Sunday, July 31, 2016

Hampir Mati (bahagian 2)

Bismillah.

Cerita kedua tentang pengalaman yang hampir meragut nyawa. Mungkin kali ni kurang debarannya sebab masih boleh bernafas, tak macam kes lemas yang hampir habis kemampuan untuk bernafas.

Tahun 2011. Ke Brunei menaiki kereta. Suami ada kerja di Miri (waktu ni kami tinggal di Bintulu, Sarawak). Dan memandangkan Brunei tidak berapa jauh dari Miri, jadi kami pun mengambil peluang ini untuk berjalan ke Brunei untuk beberapa jam.

Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Brunei ke Miri, kami melalui satu jalan yang sangat gelap sehinggakan kami tidak dapat melihat apa-apa langsung. Terlalu gelap dan semestinya jalan di hadapan juga tidak kelihatan. Ketika itu kereta kami (kereta Kancil) terlalu laju. Dalam kegelapan serta kelajuan itu, tiba-tiba kereta kami terbang! Rupanya kami memasuki kawasan pembinaan di mana di kawasan itu terdapat banyak timbunan pasir dan tanah. Jalannya juga amat tidak rata.

Bayangkan kereta Kancil kami ketika itu yang sedang laju, meluncur laju di atas timbunan-timbunan serta longgokan pasir. Terus sekelip mata kereta kami terbang agak jauh dan sungguh, waktu itu kami tak tahu apa yang ada di hadapan. Dalam hati saya ketika itu, saya seolah-olah sudah redha jika kami jatuh ke dalam gaung atau kereta bergolek.

Namun syukur suami masih mampu mengawal kereta & tidak ada gaung di hadapan. Kereta kami terhempas semula ke atas tanah dan mati enjinnya. Suami dengan segera undurkan kereta dan memandu keluar dari kawasan itu. Bimbang kalau-kalau ada penjahat. Selepas beberapa kilometer berada jauh dari kawasan tadi, suami keluar untuk cek kereta. Almaklumlah kereta kecil & murah, mestilah bahaya jka sudah terbang dan terhempas semula. Dan syukur sekali lagi kerana tiada apa-apa kerosakan yang berlaku.

Oh, lupa untuk saya beritahu bahawa ketika itu, saya sedang mengandung 4 bulan. Bermakna kandungan masih kecil. Risau juga kalau-kalau apa terjadi. jadi kami berhenti di stesen minyak berdekatan dan saya ke bilik air untuk cek kalau-kalau ada darah yang mengalir akibat keguguran. Alhamdulillah my baby survived. :')

Setelah itu kami teruskan perjalanan pulang ke hotel di Miri dan masing-masing diam tanpa kata. Keesokan pagi, usai solat Subuh berjemaah, masih lagi kami berdua diam. Banyak termenung. Banyak merefleksi diri dan dibiarkan dengan fikiran masing-masing. Mungkin kerana kami masih lagi dalam kondisi yang seolah-olah tidak percaya apa yang berlaku kepada kami dan betapa bersyukurnya kami kerana Allah masih beri kami nyawa, malah kesihatan yang sempurna. Ya Allah betapa besarnya rahmatMu kepada kami sekeluarga.

Mudah-mudahan dengan nyawa yang masih Tuhan beri ini, kami akan terus cuba untuk membina kehidupan yang Allah redha dan diberi peluang untuk menyumbang sesuatu kepada ummah.

Amin ya Rabb.

Friday, July 29, 2016

Hampir Mati

Bismillah.

Alhamdulillah seronok pagi ni sebab dapat luangkan masa sikit untuk berblog. Tapi bila tengok jam dah 0653am, alahai cepatnya masa berlalu. Sekejap lagi nak kena kejutkan anak untuk pergi sekolah. Sebenarnya semalam teringat tentang dua pengalaman yang hampir meragut nyawa. Saya tak pernah cerita sebelum ni, hanya orang yang terdekat sahaja yang tahu. Dua kali ia berlaku.

Pertama, hampir lemas.

Saya suka berenang. Sangat-sangat suka. Saya belajar berenang sewaktu semester terakhir di UIA. Masa tu masih banyak peluang dan masa untuk berenang. Hampir setiap petang bermula jam 5pm saya akan pergi ke female sport complex semata-mata untuk pergi berenang. Berenang terasa seolah-olah satu escapism buat saya. Tak lari dari sesiapa, cuma waktu berenang, saya akan terasa tenang, rasa lupa akan semua masalah. Bersahabat dengan air yang tenang, minda benar-benar fokus pada pergerakan badan, pernafasan sendiri dan gelombang kecil air yang berada di sekeliling.

Selepas grad, saya dah tak jumpa kolam renang selain kolam renang uia yang dikhususkan untuk muslimah dan berada di tempat tertutup. Dipendekkan cerita, saya pernah datang ke KL (ketika itu saya tinggal di Johor) kerana ada urusan dan saya curi-curi masa sedikit untuk singgah di UIA semata-mata untuk berenang. Majdiyya masih kecil waktu tu, tak silap saya dia belum cecah usia setahun. Saya minta tolong seorang kawan untuk pegangkan Majdiyya sementara saya di kolam renang.

Waktu tu, saya dah tak berapa biasa berenang. Sebab hampir setahun tinggalkan aktiviti tersebut selepas baru sahaja pandai berenang. Entah macam mana, saya terus nekad untuk ke bahagian yang dalam dan berenang seperti biasa. Kerana sebelum itu saya memang sudah biasa untuk berenang menyeberangi kolam renang dari hujung ke hujung. Setiap bahagian yang paling dalam juga saya sudah redah.

Tapi waktu itu, waktu saya berenang semula selepas setahun; tak sampai 5 minit berenang, saya tiba-tiba lupa cara pernafasan yang betul. Saya lupa untuk fokus. Nafas jadi semakin pendek dan semakin banyak air yang saya telan. Waktu tu saya betul-betul terkapai sebab hampir tenggelam ke dasar dan nafas sudah semakin pendek. Semakin dibuka mulut, semakin penuh air berlumba-lumba memasuki mulut. MashaAllah waktu tu saya benar-benar rasa seperti hampir mati. Tak dapat bernafas, badan ditarik ke dasar kolam. Namun terima kasih Allah kerana masih beri peluang kepada diri ini untuk terus hidup. Lifeguard yang ada di kolam ketika nampak saya terkapai-kapai dan dengan segera dia campak pelampung ke arah saya. Syukur saya masih ada kudrat untuk menggerakkan badan sedikit ke arah pelampung dan berpaut padanya.

Sejak peristiwa itu, jika saya berenang, saya tidak berani lagi untuk pergi ke kawasan yang kaki saya tidak mampu cecah ke lantai. Trauma. Sungguh. Walaupun sebenarnya trauma dengan berenang, saya tetap lawan perasaan tersebut. Saya mahu ajar diri untuk berdepan dengan ketakutan itu serta lawan sedikit demi sedikit. Alhamdulillah hati saya masih sayangkan aktiviti tersebut. Walaupun boleh saya katakan bahawa sudah hampir 3 tahun rasanya tak berenang, tapi saya tetap sentiasa teringat-ingat akannya, masih sentiasa mahu berada di dalam air, masih kerap hati berbunga setiap kali terlihat kolam renang.

Okaylah, dah lewat nampaknya. Dah pukul 0722am. Untuk cerita kedua, inshaAllah nanti saya sambung lagi. :)

Fi hifzillah. <3

Inilah kolam renang itu. Rindu. :')

Sunday, July 24, 2016

Team El Sajida at Fronte Centre

Bismillah.

I was so sad to know that Blogger App is now no longer available for iPhone. If I were to update my blog using laptop, I am afraid it will take months. T___T

By the way, I just wanna share here the moments from the precious night that I have spent together with my staffs or known as #teamELsajida at the opening of Fronte Centre in Ampang. The owner of the centre is the regular photographer of El Sajida, Hijabella Studio. I feel so impressed about them, having big businesses at young age, mashaAllah.

I don't really wanna write much, just wanna upload some memorable photos of us. I think it has been forever since we went out together and really enjoyed ourselves like this. We have two new team members and I can say that this is the first time all of us hang out together. I am very grateful to God for sending me such an amazing team members. The team that I can rely on, the people who can do most of the tasks much much better than me.

Since the first time El Sajida have a team, the members keep changing, they come & go. And honestly the current team members are the best, in term of our bonding, as well as in term of doing our respective tasks. May Allah bless them all and give them an abudance of "rezeki yang berkat". Amin.

Enjoy the pictures!


In the meeting room. Not having a meeting, just looking around. :)

Seminar room. For any events or talks.

The youngest team member, Majdiyya. :D

Lovelies.

What I ate that night, Nasi Lemak Saleha Ampang, Green Tea, etc.

Majdiyya snapped this pic. ;)

What a great idea of business. ^_^


Love them fillah. <3


Saturday, July 16, 2016

Kali Pertama, Ayat-ayat Cinta 2.


Bismillah.

Rindu yang amat pada blog ini. Selalu singgah tapi tanpa meninggalkan apa-apa jejak. Dan Alhamdulillah kali ini ada sedikit ruang dan peluang untuk menulis beberapa kalimat dari hati, hasil dari pembacaan novel Ayat-ayat Cinta 2.

Sebenarnya terasa macam "this is so not me" ketika menulis entri ini disebabkan dua perkara; 1) Saya bukan jenis yang baca novel, saya lebih gemarkan buku non-fiction atau buku antologi cerpen/ kisah pendek. 2) Saya rasa ini pertama kali saya cuba untuk menulis review di blog ini tentang buku yang saya baca. Bukanlah review yang formal tapi serba sedikit cerita di sebalik pengalaman saya membaca novel Ayat-ayat Cinta 2. :) Terima kasih buat anda yang sudi membaca entri ini. Saya amat hargainya. <3

Sebenarnya saya amat terpanggil untuk membeli lantas membaca novel ini kerana ia adalah kesinambungan dari novel Ayat-ayat Cinta. Dan semestinya novel itu saya baca kerana ia antara novel cinta islami yang terawal berada di pasaran dan mendapat sambutan luar biasa hebat! Saya tidak menonton filemnya, hanya baca novelnya. Siapa tak kenal Fahri, Aisha & Maria kan? ;)

Saya mengambil masa yang agak lama juga untuk menghabiskan novel 1000 mukasurat ini. Alhamdulillah berjaya habiskan walaupun sejujurnya ada beberapa bahagian yang saya skip untuk baca, iaitu bahagian-bahagian Fahri berdebat atau berdiskusi secara ilmiah. Saya amat musykil mahu tahu apa yang terjadi kepada Aisha, kerana itu saya agak terganggu jika terlalu banyak diskusi ilmiah yang perlu dibaca. Maaf Kang Abik. Tapi diskusi itu semua sememangnya terlalu hebat serta sangat informatif, cuma saya yang memilih untuk skip ketika proses pembacaan. 

Perasaan ketika membaca novel ini? Sudah tentu amat bercampur baur, namun yang paling banyak adalah rasa sayu. Sayu saat Fahri rindukan Aisha dan terluka hatinya tatkala tidak mengetahui apa yang terjadi kepada buah hatinya Aisha. Juga terbit rasa kagum dengan Fahri, yang mencuba sehabis baik untuk berdakwah menggunakan akhlak yang mulia, dengan cara membalas kejahatan dengan kebaikan demi kebaikan. Namun tertanya juga, apakah benar-benar wujud insan yang terlalu sempurna seperti Fahri?

Antara perkara lain yang amat menggembirakan hati saya ketika membaca novel ini ialah latar belakang kisahnya; iaitu di Scotland. Negara yang amat dekat di hati saya kerana di situlah saya dilahirkan. Membaca cerita yang dipetik satu persatu tempat di negara itu, benar-benar terasa nostalgik meski saya tidak lama berada di sana, malah masih terlalu kecil untuk mengingati setiap momen istimewa. 

Jalan cerita novel ini, saya rasakan cukup teratur. Cerita satu persatu diselitkan, watak demi watak diperkenalkan dan tidak sukar untuk difahami jalan penceritaannya. Terlalu banyak tanda tanya yang menyebabkan tangan ini tidak mampu berhenti dari membelek helaian demi helaian sehingga saya temui jawapannya. Terlalu ramai wanita baik dan cantik yang muncul di sepanjang cerita namun bagaimanakah akhirnya penghujung kisah Fahri dengan wanita yang dihadirkan dalam hidupnya? Dan di mana sebenarnya Aisha? 

Apapun, antara mutiara berharga yang dipelajari dari kisah Ayat-ayat Cinta kali ni ialah;

1) cinta yang kuat kepada seseorang mampu memberi kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan

2) benarlah bahawa akhlak yang mulia itu melebihi segalanya

3) kesucian diri ternyata lebih penting dari paras rupa yang hanya sementara

4) bahagia itu ada, carilah dalam diri kita, minta dari Dia

5) Betapa besarnya pengorbanan mereka yang mempertaruhkan nyawa demi menjaga agama

6) Aisha, Hulya, Sabina.... daku ingin jadi seperti kalian!



Jumpa lagi. :')



The book. And me.

Tuesday, April 12, 2016

Berkenaan Isu Dr Zakir Naik

[KENYATAAN MAULANA MUHAMMAD ‘ASRI BIN YUSOFF BERKENAAN ISU DR ZAKIR NAIK]

Cuba fikir, Dr Zakir Naik(DZN) ini tinggal di India yang kerajaannya Hindu dengan jutaan penduduk Hindu. Bagaimana kerajaan Hindu di sana boleh membenarkan DZN membuka stesen TV sendiri, buat pelbagai kerja dakwah di sana, berbincang secara terbuka dengan orang yang beragama Hindu? Tidak pula kerajaannya berasa terancam atau berasa ianya menyentuh sensitiviti masyarakat kaum Hindu. 

Masyarakat Hindu atau mereka yang beragama lain juga tidak pula berasa takut pun! Kalau orang masuk Islam pun, mereka pun tak kisah pun. DZN sudah pergi ke merata dunia dan disambut dengan begitu baik sekali termasuk di negara-negara bukan Islam sekalipun. Kenapa kita sendiri di Negara Islam yang menggunakan sistem demokrasi pula tidak berani untuk mengadakan program ini kerana hanya tekanan segelintir ahli daripada kumpulan Hindraf. Setakat itu sahajakah kekuatan orang Islam di Negara Islam ini?

Sebenarnya kita tidak perlu takut dengan tekanan sebegini. Jika ianya benar-benar berlaku, mereka akan terus memberi tekanan pula di kemudian hari. Sampai bila akan dapat berdakwah? Melalui program sebegini, kita bukan nak mengata, nak menghina, sumpah seranah kepada orang Hindu!

Kita orang Islam bebas nak berdakwah sementelah pula kita berada di Negara Islam yang menggunakan sistem demokrasi. Berbeza sekali keadaannya dengan Negara India. Kita bukan nak adakan program sebegini selalu, hanya sekali sekala sahaja, itu pun kita berasa takut! Ingat tak kita, setiap kali hari raya kita selalu baca “walau karihal kaafirun, walau karihal musyrikun” (walaupun orang kafir dan orang musyrik tidak menyukai). Kita nak buang ke lafaz arab tersebut? Sebab kalau nak kira, itu pun boleh menyentuh sensitiviti agama juga.

Sepatutnya dibiarkan program baik ini berjalan dengan lancer dan ianya akan menjadi peluang kepada masyarakat kita untuk menyertainya. Kenapa kita nak memenangkan segelintir orang Hindu itu yang akan menyebabkan mereka semakin berani di masa depan

Berkenaan dengan dakwaan bahawa ada fatwa daripada ulama Deobandi tentang kedudukan DZN, saya ingin bertanya kepada mereka yang timbulkan perkara ini; kenapa tidak mahu menggunakan fatwa ulama Deobandi tentang majlis Maulud Nabi SAW, kenduri arwah malam ke 1,3, dan 7, aktiviti seperti zikir menari dan qasidah di kuburan?? Soal ulama itu tak setuju dengan seseorang ini adalah suatu perkara yang biasalah. Kita pun tidak mengatakan yang DZN ini lebih alim daripada Maulana Zakaria Kandhlawi rhm (merujuk kepada ulama Deobandi), cuma mereka berada dalam bidang masing-masing. Kalau betul-betul nak guna fatwa ulama Deobandi, contohnya dalam soal cukur janggut boleh menyebabkan seseorang menjadi fasiq. Betapa ramai orang kita yang cukur janggut termasuk para mufti di sini pun.

Perlu diingat, DZN seorang yang baik dan sangat cemerlang di bidangnya. Inilah masanya untuk kita sambut baik kedatangannya. Sepatutnya pihak PDRM memberi kerjasama yang baik dengan menjaga keselamatan dan keamanan sepanjang program berlangsung.

Saya berharap segala halangan kepada program DZN ditarik balik dengan segera.

Akhukum fil Islam,

Muhammad ‘Asri Bin Yusoff
Kubang Kerian
11 April 2016

(Disalin berdasarkan rakaman perbualan telefon)

Thursday, March 24, 2016

She's Beautiful

Bismillah. 

It has been a few days since I slept late like this. Actually I wasn't really in a good health condition before this, and not fully recovered yet but Alhamdulillah I am fine. I am a writer (though only myself claims that), so whenever I have something in mind that I wanna write, I need to fulfill the urge. I just can't ignore it, or else I won't be at ease & will keep thinking about it. Especially if it's regarding stuffs that I haven't told anybody. 

I am currently wearing my telekung, sitting on my study/working chair, typing on this touch screen- keypads, using this orange Blogger app, in the dark. I wear telekung not because I want to pray or just done praying, instead the room is very cold and wearing this attire somehow keeps me warm & comfortable. :) 

I was just thinking about this one internationally known female public figure named Kads. (That's just her short name). I used to like her so so much during primary school and the fangirl-ing mode didn't stay long since I stayed in the hostel after that & had limited time for television or internet. 

It was just a few months ago that I happened to watch her again on screen & somehow the feelings for her returned! I mean the feelings of admiration. Of course she's pretty, a stunning lady with a pair of hazel eyes. However, her physicals aren't the main quality why I like her so much. Let me just write down all the good points from her that I adore and secretly wish to adopt. 

1) She's a voracious reader. Currently she has three rooms in her house that have been turned into a library! That's magical. And another beautiful fact is; before she got married, she put this one special condition to her husband that if he wants to marry her, he needs to provide a home with a library like the one in "Beauty & the Beast". And of course she got it, as her honeymoon gift. Oh my... Isn't it so sweet. 

2) She loves her mother so much. Though she isn't a Muslim, but she knows the value of a mom & really appreciates her. She always bring her mother to certain occasions (it's rare for a married woman to do so!) & she said that her love for her mother increases more after she has her own children. She will always call her mother even for just to say thank you for being patient with her when she was a kid. 

3) She leads a healthy lifestyle. She doesn't smoke & drink. Though she likes to eat, but she will always make sure that she eats healthy food. She goes to the gym regularly and she's very strict about her sleep schedule. She says that she sleeps a lot at night, which means she sleeps early every night. 

4) She's different from other women from her field. Usually women like her will only care about a good look with heavy make up and always find the chance to expose their great shapes. But she's not like that. She doesn't put much make up, she doesn't really care to look beautiful (but she IS beautiful even without make up). She's not a bimbo, rather she's an educated public figure who doesn't think that a pretty face or uncovered body is the most important aspect to be accepted & loved by lots of people. 

5) She loves her family so much and thus, she chooses to limit her work though the demand for her involvement is extremely high. She always says that she wants to spend more time with her family, with her daughter & son. For her it's okay to keep rejecting the best and great offers which are presented on her eyes. 

6) She says that she's a person who always try to find happiness in whatever situation she is. She doesn't wait for a happy surrounding to make she feel happy, instead she herself will find the happiness within every place. This is such a wonderful quality, a positive trait that we shall apply as well. 

Anyway, though she's not a Malaysian, I still have this one tiny hope that I can meet her. :p Anyway, sometimes I do feel bad for admiring a non-Muslimah, but I know it's not wrong to admire the good qualities of other people regardless of their religions. 

Till then, wassalam. <3

Monday, March 21, 2016

My Longing For Japan

Cherry blossom. Also known as sakura. Which only blooms once a year. How I wish I can go to Japan & stand under a Sakura tree. 
.
.

When I was 13 years old, there was this one place at the bus station near my school, which had one area where the grass was almost fully covered with pink flowers. And it looked even more breathtakingly beautiful  since some people would park their bicycles under the shades of the blooming trees. Bicycles + flowers on green grass + trees = perfection. πŸ’•
.
.

As far as I can remember, Japan has been very dear to my heart since I was in primary school. Mainly because of Doraemon. I fall in love with the serenity shown in the neighborhood area in that cartoon. Till today I still envision myself being in the neighborhood there, having lots of friends at the park, with a tender blowing wind that brings the sweet sense from flowers around it. 
.
.

And during that time too, me & my siblings did engross ourselves with this one Japanese drama entitled Die Sterntaler or Hoshi No Kinka. It was such a sad story of a mute girl who had to confront with lots of obstacles, and to top it all, she became blind as well. I don't really remember the storyline, but I do remember that the three main characters of the drama is Aya, Shuichi & Takumi. 😁✨
.
.

I admit that I don't really like to watch movies or dramas, but when I was in UIA, my brother recommended me to watch these two Japanese series: Attention Please & Buzzer Beat. I love both stories so much! They are not mainly about love especially Attention Please. It's about doing the things that seem impossible, that people think you aren't able to do it. Such an inspiring story. Buzzer Beat is about chasing your dreams, till you finally reached them. I have this one special spot in my heart for inspirational stories, no matter in what language, coz I am such an inspiration-seeker. 
.
.

Now that my bff is destined to pursue her Masters study in Japan, my longing for that country is getting bigger. Will I have the chance to go there? I don't want snow, Coz I can't stand being in a cold season. I need a spring, a summer, & an autumn... πŸŒΎπŸ‚πŸŒΈπŸŒ₯✨
.
.

Honestly I didn't intend to write this long. I just wanna share the picture of cherry blossoms. But I just can't stop my mind from letting out all the memories & stories  regarding Japan. 

May Allah give me chance to be in Japan one fine day, it will be much better if can stay there for a few months. <3

Wednesday, March 16, 2016

Mereka Hilang

Bismillah.

Siang tadi saya menghantar anak untuk menyertai program di salah sebuah playschool. Tak sangka di situ akan terjumpa kawan rapat zaman uia dan juga kisas. 2 jam lebih berlalu dengan sangat pantas kerana terlalu banyak perkara yang kami bualkan sementara menunggu anak-anak selesai berprogram.


Majdiyya & Abqori

Saya meninggalkan playschool tersebut dengan perasaan yang agak terkilan dan sedih dan hampir tidak mahu percaya. Bercerita tentang nasib sahabat-sahabat kami yang suatu masa dahulu memang rapat dan kerap ke sana sini bersama.

Cerita sedih, cerita yang tidak tahu apa khabarnya, cerita yang memilukan dan akhirnya menyesakkan dada kerana tidak mampu membantu, Allahu akbar, hebatnya ujian orang lain jika hendak dibandingkan dengan diri ini.

Kebanyakan teman-teman yang entah di mana sekarang itu, tidak dapat dihubungi kerana mereka seolah-olah sengaja menjauhi kami. Tidak nampak bayang di FB, apatah lagi di whatsApp atau social media yang lain. Ada apa sebenarnya yang berlaku sehingga mereka lebih selesa tidak dihubungi oleh rakan-rakan.

Paling terkilan kerana mereka itu adalah kawan baik kita, yang pernah belajar bersama, siang malam diluangkan masa bersama, pernah menangis ketawa bersama, dan kini semua itu seolah-olah itu tidak pernah berlaku gara-gara hilangnya jejak juga hubungan di antara kami.

Ya Allah andai ada cara untuk aku bantu mereka, Kau tunjukkanlah. Andai aku sememangnya tidak ada daya apa pun untuk meringankan beban mereka, hanya padaMu lah aku menyandarkan harapan dan doa. Moga-moga teman-teman yang aku kasihi itu sentiasa bahagia dan mampu membesarkan anak-anak mereka dalam suasana yang tenang dan sakinah. Jagalah mereka dari segala kejahatan Ya Rabb...

Sungguh, hati ini masih terkilan.





Friday, March 11, 2016

Sendirian Tapi Tidak Kesunyian

Bismillah.

Tadi keluar dengan staff, berhenti solat dan tak semena-mena teringat Shas Mosque (Masjid UIA). Terlalu banyak kenangan di situ. Situlah tempat solat, tempat ulangkaji, tempat berehat dan juga kadangkala jadi tempat makan. Bolehlah kalau nak kata yang dalam satu hari tu, satu pertiga berada di kelas atau library, satu pertiga di Shas Mosque dan satu pertiga lagi di bilik. 

Jadi kalau ditanya apakah yang paling saya ingati tentang UIA, semestinya salah satunya ialah Shas Mosque. Satu saat yang paling saya rindui ialah ketika short sem terakhir, ketika itu kelas sangat jauh dari bilik. Kelas bermula 8 pagi, tapi perlu keluar dari Mahallah (hostel) seawal jam 7 suku pagi kerana perlu berjalan ke sana. 

Oleh kerana selang waktu di antara dua kelas agak jauh, jadi semestinya saya perlu meluangkan masa di sekitar kelas/library/masjid seandainya saya tidak mahu pulang ke bilik. Dan seingat saya, perkara manis yang paling saya rindui adalah ketika selesai kelas 8pagi, saya akan terus ke masjid, dhuha seketika, baca buku dan berehat, sendirian di masjid. Di satu "port" yang sama, perasaan yang sama, ketenangan yang sama. Walau sendirian, namun tak pernah rasa sunyi. :)


Di library. Masa ni pakai niqab. Tapi pakai dalam UIA sahaja :)

Bercakap tentang sendirian, jujur saya katakan bahawa sewaktu zaman degree, saya jenis 'lone ranger'. Saya memang ramai kawan baik, kawan yang selalu saya luangkan masa bersama. tapi saya jenis yang lebih suka sendiri selepas kelas, di waktu rehat antara jarak kelas, ketika memilih kelas dan subjek, semuanya saya sendirian. Tapi biasanya memang ada kawan yang akan saya jumpa di tempat-tempat saya tuju. Cuma, ketika belajar, saya lebih suka sendiri, kerana bagi saya, kemahuan kita & kawan tak sama. Pada waktu rehat, ada yang mahu makan, ada yang mahu rehat, ada yang mahu pulang ke bilik dan sebagainya. Dan saya mahu ikut kemahuan sendiri. Saya pilih kelas mengikut jadual sendiri dan tak perlu risau andai ada kelas yang tak sama dengan kawan baik.

Bagi saya, saya perlu buat keputusan sendiri dalam menentukan halatuju pelajaran saya.  Saya tidak mahu menjadi seperti segelintir orang yang mahu berada dalam kelas yang sama dengan kawan baik untuk setiap subjek. Tidak mahu mendengar kata-kata orang lain tentang pensyarah atau subjek sekian-sekian. Jika saya memang mahu, saya akan terus daftar subjek itu. Semestinya saya juga ada kawan baik dan kawan yang saya sama-sama lakukan group discussion, cuma untuk siang hari sewaktu kelas, saya lebih banyak ke sana ke sini sendiri sehinggakan ada yang berbisik-bisik tertanya kenapa saya asyik dilihat sendirian membeli makanan, di perpustakaan dan juga ketika pergi dan pulang kelas. ;)


Rindu. :')

Bagi saya, kalau kita ada matlamat sendiri, ada impian sendiri, kita tak akan peduli samada ada orang mahu bersama kita atau tidak. Andai ada, Alhamdulillah. Andai tak ada, inshaAllah saya mampu sendirian dan tidak mengganggu perjalanan. Sebenarnya, waktu degree dulu, saya akui saya mahu cepat- cepat grad, kerana itu saya tidak kisah ambil banyak subjek dalam satu sem, dan kerana itu juga saya tak boleh atur jadual yang sama dengan kawan. Sebab tak ramai yang mahu selesaikan degree mereka dalam tempoh 3 tahun. Dan sejujurnya saya agak menyesal grad awal, pertama sebab saya sayangkan waktu degree dan tak seharusnya saya tak sabar menamatkannya & kedua kerana saya terpaksa grad dengan kakak senior. Jadi kenangan waktu konvo saya tidak terlalu indah dan 'happening'. Namun ada hikmah takdir saya sedemikian. Dah berlalu dan tak wujud kecuali dalam hati.

Apapun, terima kasih kalau anda baca sehingga akhir. Entri ini saya akui ia tidak bermanfaat untuk anda, cuma sekali sekala saya suka selitkan kenangan zaman belajar di blog ini. :) Okaylah, mata pun dah kuyu, nanti saya tulis lagi, inshaAllah.



Wednesday, March 9, 2016

Virus Blogging

Bismillah.

Sebenarnya malam ni rancang nak tidur awal. Tapi tunggu anak tidur dulu kemudian buat itu ini, dan akhirnya tak boleh lawan keinginan untuk bukak blog sejak dua menjak ni. Mungkin sejak ada wifi di rumah (sebelum ni guna mobile data sahaja sebab baru pindah rumah), dan juga sejak kerap bawa balik laptop ke rumah. Sebelum ni memang tinggalkan di ofis sebab taknak anak tengok laptop. Tapi sekarang ni Alhamdulillah kalau ada laptop di rumah, anak tak sibuk merengek nak tengok pun. Mungkin dia dah faham laptop ni hanya untuk Mama buat kerja. :D

Tak rancang juga untuk tulis apa-apa di sini malam ni cuma nak singgah sebab mood blogging tengah "in". Kalau mood "out", memang lama la tinggal blog ni. Tapi harapnya lepas ni konsisten berblog. Sebagai latihan untuk diri sendiri menulis. Kalau nak pandai menulis memang caranya adalah perlu banyak menulis. InshaAllah akan terus menulis. Kalau tak di sini, inshaAllah boleh ditemui di instagram, facebook, telegram, twitter. :)

Okay, dah tiba masa untuk undur diri. Teruja rasanya sebab esok 4 orang team El Sajida akan photoshoot untuk Majalah Nur buat kali ke-3. Haha. Alhamdulillah kali ni dapat tawaran untuk isi ruang masakan dalam Majalah Nur. Gambar tak lah besar mana, tapi bolehlah jugak untuk promote tudung-tudung El Sajida. <3




Tuesday, March 8, 2016

I am Different. Is it Okay?

Bismillah.

No matter how much I try, I will still have this one question inside my head: "What are other people's perceptions about me?" stuck in my mind. I admit that I am much better than before in term of being overthinking about those who don't matter at all, but there are times where I will have this one question lingering on my mind. And it's happening now.

At this moment, I keep asking myself, is it okay for me to be like this? To be someone who's known as the founder of a business, but I don't talk or share much about it, unlike other business persons. Their FB status, their tweets, their moments, their personal IG photos, mostly are regarding their businesses. However, I am a bit different. If you scroll my FB feed, you can see that I do share various topics and issues; families, friends, funny moments, trivias, some business tricks and whatnot.



I love sharing. Since I started blogging on the year 2008, I have developed this one kind of interest, sharing & writing about anything. When I was studying, I always blogged about my subjects, about the topic learnt on certain days, about lecturers, friends, books I read, movies I have watched and more. I don't know why but I kinda get a satisfaction while doing so. And today, as I am now a mother, a wife, a businesswoman, a sister, I definitely have more and more things to share with my friends and followers.

Sometimes, I share a simple photo in my personal instagram not in the intention of sharing anything that will benefit them, it's just that I am a girl who loves to read (in the future) about her life from the different perspectives of different phases of life that she has gone through. For me, it is so interesting to have something to refer to, to treasure the memories and to know more about my past self. Suddenly I feel like I am such a pathetic girl, with melancholic heart who is seeking for nostalgic moments to be brought to the current and future life. :')

Okay I think I have been carried away from the real topic. Is is okay to be different? Is it okay that I don't talk about my El Sajida all the time? For me, different social media account, different content that I will share, depending on the audience as well as my emotions while writing them. As for my personal FB, my topic of sharing is general. I share anything that I feel important, funny, cute or beneficial. In personal twitter, I tweet about personal simple stuffs, stuffs that I like, quotes that I adore and current simple thoughts. In my WeChat moments (which I have deleted the app from my phone & no longer active there), I used to update about more personal stories and share lots of my pictures since the audience there are well filtered. So what about my personal instagram? The photos I uploaded there are personal as well, and they are usually about my home, my daughter, the pics of my books, and the things I do besides business tasks. And finally at the telegram channel, I share quite a lot regarding business tips. I deliberately wanna make that channel as a channel for those who wanna know about business and a few sharing as what I usually write here.

I know the answer.... It is totally fine to be myself. To share what I like as well as they are not harmful and won't make other people think bad about me. I need to take care as well about my reputation as someone known as a founder of Hijab & Muslimah Attires Company. Of course from time to time I try to be more matured in writing as well as in my real traits. Sometimes people might think that when I do business & share a lot of good stuffs, I am doing it for others. But in reality, it is me actually who will gain benefits from all those things. I am the one in a dire need of gathering more & more ajr/thawaab/rewards from Allah.

Till then, rest assured that I will maintain my style of sharing. I will be myself and will follow my way, as long as Allah is pleased with it, inshaAllah.




Friday, March 4, 2016

Dalam Diam Aku Mengagumi

Bismillah.

DIA, TEAM EL SAJIDA

Tiba-tiba sahaja tangan ini terasa ringan untuk menaip tentang salah seorang ahli team El Sajida. Semestinya masing-masing ada cerita dan keistimewaan masing-masing, namun yang seorang ini amat menyentuh hati kisahnya. Boleh juga dikatakan saya pernah beberapa kali mengalirkan airmata ketika teringatkan kisahnya.

Dia pernah bekerja sewaktu raya, sekejap sahaja kerana pada waktu itu, kami hanya perlukan pekerja separuh masa untuk membantu menguruskan packing & posting. Kemudian, dia kembali menyambung pelajarannya di Melaka. Saya kira itu kali terakhir dia di El Sajida, namun selepas beberapa bulan, dia hubungi saya dan menyatakan hasrat untuk bekerja semula kerana dia sudah berhenti belajar.

Saya tidak banyak soal ketika itu, memandangkan dia seorang staff yang bagus, saya menerimanya masuk dan tidak bertanya itu ini tentang apa yang terjadi padanya (berkenaan dia berhenti belajar). Sememangnya saya tertanya, tapi saya kira perkara itu tidak perlu saya sibuk-sibuk untuk ambil tahu. Jika suatu hari nanti dia mahu bercerita, saya sedia mendengar.

Dan akhirnya dia membuka mulut tentang kisahnya. Kisah hidup yang memang meyedihkan namun saya kagum kerana saat dia menceritakan apa yang dia pernah alami, setitis airmata pun tidak ada. Malah cara dia bercerita sangat bersahaja sedangkan peristiwa-peristiwa pahit yang berlaku itu tidaklah lama sudah berlalu.

KISAH IBUNYA

Tidak ada kisah ibunya, kerana ternyata ibunya sudah meninggal dunia kerana kanser. Dan paling menyedihkan kerana ibunya pergi tanpa dia dan adik-beradik bersedia. Mereka langsung tidak tahu sebelum itu bahawa ibu mereka sakit tenat.

Satu perkara yang amat saya sayu ketika teringatkannya adalah saat saya melihat dia di biliknya (di rumah staff), lalu saya terbayang bahawa orang lain yang tinggal berjauhan dengan keluarga, yang ada bilik khas di rumah yang bukan milik keluarga sendiri, pasti akan merindui kampung halaman, pasti sekali sekala teruja mahu pulang jumpa ibubapa, pasti sentiasa menanti hari cuti untuk memeluk ibu. Namun semua itu tidak berlaku kepadanya. Bilik itu seolah-olah bilik yang bakal dia huni setiap hari, tanpa perlu menunggu cuti untuk bertemu ibu. Katanya setiap malam dia membaca Al Quran untuk ibunya dan kadangkala sambil disulami airmata.Ya Allah... dan tangan ini menaip dengan mata yang berkaca-kaca..

Dia ada adik beradik, namun masing-masing sudah besar, sudah boleh menjaga diri sendiri dan ada komitmen masing-masing. Namun sekali sekala dia akan berkumpul dengan adik beradik juga. Mungkin itu sahajalah yang dia ada setelah ditinggalkan ibu ketika usia masih muda. Dan kerana adik beradik itulah dia berhenti belajar meskipun dia seorang pelajar straight A. Katanya dia perlu kumpul wang, perlu bekerja. Allahu akbar, besarnya pengorbanan yang dia lakukan dalam usia yang belum pun mencecah angka puluhan.

UJIAN MEMATANGKAN

Ternyata dia seorang pekerja yang sangat berdedikasi, yang tidak perlu dipantau. Dia tahu apa kerja yang perlu dilakukannya dan tidak perlu ada boss di sisi untuk memastikan kerja-kerjanya berjalan. Tahun ini dia masuk umur 20. Katanya dia sudah banyak pengalaman bekerja. Sungguh saya amat kagum dengan anak muda yang sudah biasa mencari wang sendiri, sekurang-kurangnya untuk menyara diri sendiri. Kerana dari situ dia akan belajar tentang kepayahan hidup, juga dia akan belajar menghargai setiap kesusahan yang dia perlu hadapi demi memastikan kelangsungan hidup.

Anak-anak muda seperti ini, mereka sangat berharga. Sangat matang dalam menjalani kehidupan. Tidak mudah melatah, tidak cepat mengalah dan sangat komited dalam melakukan apa sahaja tugasan yang diberikan. Dari dulu saya memang cepat tertarik dengan mereka yang hidup susah, yang tahu menghargai wang dan menghargai orang lain. Orang yang hidupnya sentiasa senang, dia tidak tahu menghargai hidupnya dan cepat mengalah saat terjatuh.

DOA UNTUKNYA

Tidak apa yang mampu saya beri padanya untuk membantu hidupnya melainkan sebuah doa supaya dia diberi kebahagiaan dan ketabahan. Saya paling sedih jika dia ada masalah lalu berkata "mungkin memang nasib anak yatim macam ni..." Allahu akbar, tak mampu saya gambarkan luluhnya hati ini saat dia berkata sedemikian. Tidak ada apa yang salah tentang menjadi seorang anak yatim wahai adikku... Bersabarlah. Engkau terlalu istimewa, terlalu berharga, terlalu Allah sayang dan cinta...






p.s.: Untuk kamu yang dimaksudkan, andai terbaca tulisan ini, simpan sahaja dalam hati, Usah diberitahu. :) 






Thursday, March 3, 2016

Guru KISAS tercinta

Bismillah.

Masih berjaga. Selesaikan kerja sambil ber whatsapp dengan dua insan kesayangan. Seorang di Johor dan seorang di perantauan.

Cuma nak cerita bahawa hati sedang gembira dan turut berbangga dengan kejayaan KISAS kerana sekali lagi menjadi sekolah terbaik Malaysia untuk STPM 2015. Alhamdulillah.

Saya percaya bahawa semuanya hasil kerja keras guru-guru di sana. Saya pernah menjadi pelajar di sana, pernah lihat betapa guru-guranya lebih bersungguh berbanding anak murid. Betapa guru-guru di sana sangat gigih memandaikan kami. Kerana itulah "teachers" adalah salah satu perkara yang tersenarai dalam 5 unique in KISAS.

Rindu rasanya pada KISAS. KISAS banyak mengubah diri ini. Dan diri ini juga tak kurang banyak berubah sejak meninggalkan KISAS. Apapun, hidup tetap diteruskan, nyawa tetap harus digunakan sebaiknya. Moga cukup bekalan buat menghadap Tuhan yang menciptakan segala.



Komen ibuku di FB :)

Saturday, February 27, 2016

Let It Go

Bismillah.

Hi readers. It's past midnight and I am still awake. Just finished my work and suddenly I feel the urge to drop by here and share something. About a topic that I can really relate to it, about LETTING GO OF THE PAST.

I admit that I am a person with a strong feeling of yesterday. My mood is easily affected by recalling some memories (with friends, especially). And I firmly believe that Allah has chosen me to be one of the lucky readers of this book entitled: 30 Ways to Attain Happiness by Muhammad bin Abdillah Ash-Shaayi'. The second topic on how to attain happiness (as written in this book) is: "The past is Gone."

I don't really want to type my own words since I have very limited poetic words to describe how much the past is irrelevant to our lives today, and how much we can't relive the past no matter how hard we try. I will just type here the author's wisdom which is worth to be shared.





"The dossier of the past, in sight of the wise, is gone and is not recounted; it will be forever locked up int the dungeons of the forgotten, fettered with a strong rope in the prisons of disregard, and it will never find its way out."


"Neither will sorrow bring it back, nor grief put it right nor will sadness amend it!"


"Reading from the pages of the past (sorrow) is inefficient use of the present, wasting effort and balling up precious time."

"The problem with us is that we fall short regarding the present and get busy with our past, we do not pay attention to our slackness but we weep over the past ruins."



"...the wind moves onward, the water flows ahead, and the convoy moves forward; so DO NOT CONTRADICT THE RULE OF EXISTENCE."



30 Ways to Attain Happiness
Muhammad bin Abdillah Asy-Shaayi'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...