Monday, April 17, 2017

Hati yang Telah Sentap

Bismillah.

KAK FYNN LIVE

Asalnya saya dah nak lelapkan mata tadi dalam pukul 11 lebih. Tapi masa scroll Instagram kejap sebelum nak tidur, nampak notification yang kak Fynn tengah live. Terus saya rasa tertarik untuk tengok sebab sebelum ni tak pernah lagi join tengok masa kak Fynn buat live. Banyak topik yang dikupas (berdasarkan soalan followers) tapi saya bukan nak kongsi semua yang saya dengar tadi. Cuma tertarik dengan satu topik ni, yang timbul lepas ada orang tanya lebih kurang macam ni:

"Macam mana nak nasihat kawan kita yang tak solat? Dah bagi nasihat sentap kat dia pun tak jalan..."

TARBIAH/DAKWAH SENTAP?

Sebagai menjawab persoalan tu, kak Fynn terangkan bahawa nasihat sentap atau tarbiah sentap tu tak tepat. Sebab apa? Sebab ia langsung tak sama dengan cara Rasulullah sollallahu alaihi wasallam dalam menasihati seseorang. Maksud kak Fynn "sentap" tu ialah bila kita guna perkataan yang kasar, yang bernada sarkastik ketika berdakwah. Cara tu sebenarnya tak kena dengan hati manusia, tak kira manusia dari zaman Rasulullah ataupun dari zaman sekarang. Apa cara yang Nabi sollallahu alaihi wasallam laksanakan itulah yang terbaik, yang perlu dicontohi oleh kita yang mahu menyampaikan agama.

Cara Baginda sollallahu alaihi wasallam adalah penuh hikmah, penuh kelembutan. Tiada kecaman, tiada menuding jari, tiada menggunakan perkataan-perkataan yang kasar. Kerana semestinya baginda sollallahu alaihi wasallam sangat tahu bahawa hati manusia itu hanya akan lembut apabila ia didekati dengan cara hikmah dan bukan kekasaran. Hati kita, bila ia mula terasa sentap atau "terasa hati" dengan kata-kata orang lain, sebenarnya ia tidak membantu hati untuk mendorong diri menjadi lebih baik, bahkan adakala ia menjadikan orang yang dinasihati itu rasa mahu makin menjauh dengan agama, dan juga dengan yang memberi nasihat.

Kak Fynn pernah cerita, dulu masa dia masih mencari-cari jalan pulang, dia ada hadiri kuliah-kuliah agama dengan harapan kata-kata penceramah dapat membantunya untuk mencari kekuatan untuk berhijrah lebih baik. Tetapi malangnya, ada beberapa penceramah yang menggunakan bahasa yang tidak boleh diterima oleh hatinya, yang membuatkan dia berasa diri terlalu hina kerana berdosa, yang tidak memberi harapan bahawa insan berdosa juga masih ada jalan yang luas untuk pulang ke pangkuan Tuhan. Alhamdulillah kata kak Fynn, tak semua penceramah macam tu, masih ramai lagi yang baik kata-katanya dan indah nasihatnya.

Kata kak Fynn lagi, mengapa kita perlu utamakan cara yang kasar, yang mengecam si pembuat dosa sedangkan dalam banyak-banyak nama Allah, nama Ar Rahman (Maha Pengasih) itu yang paling Allah suka? Bermakna di sini Allah mahu kita yakin dan percaya bahawa Allah Maha Penyayang pada semua hambaNya dan kasih sayangNya meliputi segala sesuatu. Tak pernah Allah membenci hambaNya yang berdosa yang mahu bertaubat. Allah tahu hambaNya lemah, kerana itu Allah masih buka pintu keampunan itu seluas-luasnya. Allah kata, meski kita datang kepadaNya dengan dosa setinggi langit, Dia akan tetap mengampunkan kita dengan pengampunan sepenuh bumi, mashaAllah subhaanallah.

Berusahalah untuk mencontohi Rasulullah sollallahu alaihi wasallam. Bukan saja-saja Allah jadikan baginda Nabi kita. Bukan semata-mata sekadar cerita tentang apa yang berlaku sepanjang hidup Baginda. Semuanya sebagai panduan kita.

KENAPA SAYA SUKA CARA KAK FYNN?

Masa live tadi, ramai yang beri komen bahawa mereka sangat suka bila dengar kak Fynn beri nasihat. ada juga yang kata setiap kali dengar kata-kata kak Fynn, pasti ada saja airmata yang mengalir. Sebab apa yang dikatakannya itu dari hati, yang sememangnya ditujukan pada hati. Kak Fynn kata, dia tak larang kalau ada juga yang masih mahu gunakan cara dakwah sentap/sarkastik, namun dia tetap akan berpegang untuk mengikut cara Nabi sollallahu alaihi wasallam iaitu menggunakan cara yang penuh hikmah, yang tidak menyakitkan hati, yang memberi kata-kata harapan kepada pendosa tentang kecintaan juga pengampunan dari Tuhan.

Dan saya rasa, kerana itulah ramai yang sangat suka dengan pendekatan kak Fynn memberi nasihat. Caranya bersahaja, tidak berapi-api, tapi isinya penuh pengajaran dan keinsafan. Bila kak Fynn kata hati manusia susah nak terima kebaikan bila dia terasa dihina, saya setuju dan saya faham kenapa kak Fynn berkata sedemikian. Kak Fynn dulu pun pernah tersilap langkah, pernah terleka sebentar dengan duniawi (namun Alhamdulillah kini dirinya jauh lebih baik berbanding dahulu), jadi dia tahu bagaimana rasanya ketika berada di dalam fasa tersebut, dan apa yang pernah dia alami sepanjang dalam prosesnya untuk berubah.

Kak Fynn kata audience dia ramai yang macam dia dahulu, iaitu yang kini mahu kembali mencari Tuhan. Jadi dia tahu apa yang mereka alami, apa yang mereka mahu, dan apa nasihat yang boleh melembutkan hati mereka. Dan kerana itu juga lah kita boleh lihat mengapa ramai yang katakan bahawa dia suka cara kak Fynn beri nasihat. Adakala kata-katanya simple, akan tetapi memberi kesan yang sangat dalam.

Saya bukan mahu menyanjung kak Fynn, namun saya mahu tunjukkan bahawa bila kita memilih untuk mengikut cara Nabi sollallahu alaihi wasallam dalam menyampaikan kebaikan, ia sebenarnya lebih mudah untuk diterima oleh hati, lebih dekat dengan jiwa, lebih menusuk ke sanubari. Dalam mengajak manusia lain melakukan kebaikan, kita bukan mahu tunjuk bahawa kita ini baik & mereka itu jijik kerana membuat dosa, atau dibenci Tuhan kerana dosa-dosa itu. Wallahi, sesungguhnya cara seperti itu sangat mengguris hati dan biasanya membuatkan orang lain mahu menjauhi kita.

BERLEMBUTLAH

Wahai yang mahu memberi nasihat agama, berlembutlah. Jangan sampai yang mendengar kata-kata kita itu terasa makin mahu lari dari Tuhan, dari agama. Kalau tak mampu beri kata-kata yang baik, tunjukkanlah contoh akhlak yang baik, kerana itu juga antara cara yang Baginda sollallahu alaihi wasallam lakukan, iaitu menarik orang mencintai agama melalui akhlak mulia yang baginda pamerkan.

Kita bukan mahu cari siapa lebih baik, siapa lebih hebat berbicara, atau sebagainya. Tapi kita mahu sama-sama mencari redha Tuhan, mahu sama-sama mengubah diri menjadi hamba yang lebih baik, yang mencintaiNya lebih dari segala-galanya.

Wallahua'lam.

P/S: Tarbiah/Dakwah sentap di sini tidak ada kaitan dengan buku Tarbiah Sentap. Sentap di sini yang dimaksudkan ialah dakwah yang menggunakan cara perli. mengecam, kata-kata kasar dan juga menghina.

Wednesday, April 5, 2017

Doa Dari Si Dia

Bismillah.

Aci tak kalau update blog tapi copy paste je? Aci kan? Huhu. Saje je nak copy apa yang customer El Sajida cakap. Terharu rasanya. ;) 

Assalamualaikum.. Semoga team El Sajida sihat hendaknya. Saya menulis ni bukan nak order tudung, tp sekadar nak bagi pujian kpd El Sajida.

Pertama sekali kerana telah berjaya menghasilkan tudung dan shawl yg benar2 berkualiti dan menepati syariah. Saya rasa tak perlu saya komen panjang tentang produk2 keluaran El Sajida kerana semuanya baik2 belaka. No bad comment ☺☺ Malahan ketika saya mengerjakan umrah dua minggu lepas, mmg 3 helai shawl Ayra saja yg saya bawa ke Mekah dan Madinah. Bukan tak ada shawl atau tudung lain, tapi Ayra jugak la yg menjadi pilihan di hati ☺👍🏻❤️ Kerana di sana fokus kita ialah utk beribadat. Tak ada masa nak iron2 tudung segala 😂 Jd bila belek2 koleksi tudung/shawl saya, hanya Ayra la yg menepati spesifikasi yang saya cari utk dibawa ke tanah suci ☺ Alhamdulillah... Terima kasih kpd team El Sajida sbb telah memudahkn urusan saya. Semoga Allah permudahkn urusan anda pula di masa akan dtg ☺☺

Perkara kedua yg membuat saya mencoret harini ialah marketing strategi El Sajida. Dari dulu saya perhatikan, model2 El Sajida semua tutup muka dgn bunga 😂 Percaya atau tidak, inilah salah satu aspek yg membuatkn saya respect pada El Sajida dan membuatkn saya nak membeli dari El Sajida. Nampak biasa tp sebenarnya it speaks a volume. Kalau nak dibandingkn dgn jenama2 lain, yg menggunakan model2 lawa2 utk menggayakan produk mereka, El Sajida tampil berbeza dgn menutup muka model. Maaf, bukan nak cakap model El Sajida tak lawa.

My point is El Sajida mampu jual produk tanpa menggunakan model yg lawa2, bermekap tebal. For that, I highly praise your strategy. The products speak for itself. Tak perlu bantuan model yg lawa2 untuk bantu jualan. Saya berdoa pada Allah semoga pengasas El Sajida and the team dikurniakan pahala berlipat ganda sbb benar2 berniaga utk bantu para muslimah menjaga aurat sebaik2nya. Termasuk sekali dgn cara mengiklankan produk seperti yg saya nyatakan tadi. Saya yakin Allah redha dgn perjuangan El Sajida and the team.

Teruskan perjuangan suci ini. Insyaallah saya akn terus menyokong El Sajida (malahan masa pergi kursus umrah haritu, ada beberapa org yg bertanya ttg shawl Ayra yg saya pakai masa tu 😂 Terus bukak fb masa tu jugak, tunjukkn drg d mana saya beli shawl saya tu. Dan saya siap bgtau mmg saya akn bawak shawl ni pegi umrah. Harap2 mereka pun beli shawl tu dan bawa pegi umrah jgk). Semoga sentiasa diberkati Allah. Assalamualaikum ☺☺

********

MashaAllah banyaknya doa yang diberi. Moga Allah kabulkan. Amin ya Allah. Salah satu kegembiraan dalam buat bisnes tudung ni, ialah bila pelanggan kita gembira dan banyak doakan kita. Subhanallah. Terima kasih ya Allah atas segalanya. <3

Tudung Baru El Sajida, Sarung Sara. :) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...