Monday, July 31, 2017

Pengalaman Menunaikan Haji

Saya dapat panggilan menunaikan haji sangat 'last-minute'. Tak sempat untuk betul-betul bersedia dari segi mental dan ilmu. Saya tak sempat langsung pergi ke kursus haji, cuma baca sendiri buku panduan menunaikan haji & menonton video-video di Youtube berkaitan perlaksanaan haji.
.
.

Tapi sejujurnya, saya sangat tidak bersedia dan dek kerana tiada persiapan yang cukup itulah saya jadi sangat berdebar untuk ke sana. Dan kemuncak debaran tersebut ialah pada malam berangkat ke sana, ketika tiba-tiba buku rekod kesihatan (yang nilainya seperti passport, jika tada, saya tidak dapat berangkat) saya 'hilang' ketika pengumuman check in dibuat di Kelana Jaya.
.
.

Saya rasa seperti hendak pitam ketika mencari buku tersebut. Sekelip mata terasa bagai cita-cita menunaikan haji pada tahun 2016 tidak akan kesampaian. Pintu check in sudah dibuka dan jemaah semua sudah berduyun-duyun mendaftar masuk, sedangkan saya masih kelam kabut mencari buku tersebut. MashaAllah masa tu yang terdetik di hati saya cuma "Ya Allah, adakah Kau tak izinkan aku ke Tanah SuciMu ya Allah..."
.
.

Rupanya buku tersebut tidak hilang. Ia ada di dalam beg saya dalam satu zip yang saya sendiri tak perasan kewujudannya dan tidak ingat bila saya letak di situ. Betapa perasaan berdebar itu membuatkan saya lupa banyak perkara & terasa seperti tidak berpijak di bumi nyata. Apapun, ketika itu saya betul-betul tidak mampu mengawal perasaan saat terbayang bagaimana jika saya ditahan dan tidak dapat menunaikan haji pada tahun tersebut.
.
.

Nak tahu apa lagi perkara yang menyebabkan saya rasa sangat berdebar untuk ke sana? Sebab saya fikir, bagaimana kalau itu kali terakhir saya berjumpa dengan anak saya? Bagaimana kalau saya tidak akan kembali lagi ke Malaysia? Memang kita semua berharap untuk meninggal di Tanah Suci sana kerana ganjaran yang bakal diberi, tapi hati tak betul-betul bersedia untuk terpisah selamanya dengan anak & juga ibubapa tercinta.
.
.

Bila teringatkan kes haji tahun sebelumnya (2015) iaitu kren tumbang & kes human stampede di Mina, semestinya hati saya semakin bertambah risau kalau-kalau perkara yang sama berulang pada tahun 2016.
.
.

Waktu itu saya tidak benar-benar tahu bagaimana suasana tawaf ketika musim haji (yang pastinya bersesak dengan berjuta jemaah haji lain), bagaimana hendak wuquf di Arafah dengan lautan manusia di bawah panas terik, bagaimana mahu tidur beberapa malam di Mina di dalam khemah yang ala kadar sahaja, dan bagaimana hendak pergi melontar di tempat yang pastinya sangat ramai akan berkerumun di ketiga-tiga jamrah.
.
.

Jujur saya katakan, itulah antara situasi yang saya bayangkan dan amat geruni untuk hadapi. Namun, tahukah anda bahawa semua ketakutan saya itu tidak berasas! Saya cuba senaraikan di bawah secara ringkas tentang suasana di tempat-tempat ibadah haji, supaya anda dapat gambarkan bahawa situasi sebenar adalah baik-baik sahaja inshaAllah.
.
.

TAWAF SEKELILING KAABAH: Memang kalau dilihat dari atas, kita akan rasa sangat gerun untuk sertai lautan manusia mengelilingi Kaabah. Tapi bila kita sendiri masuk dan sertai pusingan tawaf tersebut, tidaklah setiap masa susah berjalan atau berhimpit. Selama saya bertawaf di sana, Alhamdulillah ada ruang (sekali sekala ditolak itu perkara biasa, dan tidak membahayakan) untuk bertawaf cuma perlu juga berhati-hati agar tidak terjatuh. (Jangan pakai kain terlalu labuh sehingga sukar berjalan). Dan kalau rasa takut untuk bersesak, tak ada masalah, boleh pilih untuk buat tawaf di tingkat satu atau dua yang kurang sesak berbanding tingkat bawah sekali.
.
.

WUQUF DI ARAFAH: Sebelum pergi, yang saya bayangkan ialah, semua jemaah haji akan tidur di padang luas di Arafah, bersesak dengan semua jemaah haji dari seluruh dunia, berebut tandas dengan beratus ribu/berjuta jemaah wanita yang lain, dan perlu berdiri di tengah panas selepas gelincir matahari ketika masuk waktu wuquf. Tapi situasi sebenar; di Arafah, kita dibahagikan mengikut negara masing-masing dan akan tidur di khemah yang disediakan (tidur di atas tikar). Khemah yang disediakan memang sistematik, proper dan bilik air juga hanya perlu berkongsi dengan jemaah dari Malaysia sahaja. Ketika berdoa sesudah masuk waktu wuquf pula, tidaklah semuanya diwajibkan berdiri di bawah terik mentari, kebanyakan kami hanya berdoa dari dalam khemah sambil bercucuran airmata.
.
.

MABIT (BERMALAM) DI MINA: Sama dengan di Arafah. Asalnya saya terbayang bahawa saya perlu bersesak dengan jemaah haji wanita yang bercampur negara, tapi sepanjang di sana, susah benar untuk lihat kelibat jemaah haji negara lain kerana setiap khemah dibahagikan mengikut negara masing-masing (khemah Mina ada aircon cuma adakala tidak berfungsi di sesetengah khemah, tapi tak apa, Allah nak beri lebih pahala). Tentang makanan pula, tak terkira rasanya bekalan makanan yang pihak Tabung Haji beri. Dari sarapan, makanan tengahari, minum petang, makan malam. Akan ada petugas yang menghantar makanan ke setiap khemah.
.
.

MELONTAR JAMRAH: Yang ini paling mendebarkan bagi saya. Sebab teringat kes human stampede yang mengorbankan ramai jemaah pada tahun 2015. Rupanya bila nak pergi melontar, laluan menuju ke tempat melontar pun sudah dibahagikan mengikut negara! MashaAllah memang sistematik. Laluan orang Malaysia sama dengan jemaah Asia Tenggara & Turki kalau tidak silap. Sepanjang jalan menuju ke jamrah memang sesak, tapi jalan pergi dan pulang adalah berbeza. Jadi semuanya satu hala dan tidak ada masalah bertembung. Bila sampai tempat melontar, ada tiga jamrah, tiga tempat seperti telaga besar bujur dan panjang yang ada dinding tinggi di tengahnya. Dan di situ juga tidak sesak sehingga perlu berhimpit kerana bukan semua jemaah haji yang berjuta akan berkerumun. Semuanya sudah dibahagikan mengikut negara juga. Ada ramai askar bertugas yang akan memastikan sesiapa yang siap melontar perlu bersurai dari kawasan berhampiran tempat jamrah. Langsung tidak perlu berebut atau berhimpit, inshaAllah.
.
.

Maka itulah serba sedikit yang dapat saya kongsi, yang saya harap dapat membantu melegakan hati para jemaah yang bakal berangkat ke sana pada tahun ini, terutamanya wanita & para ibu. InshaAllah fikir & bayangkan yang baik-baik. Memang ramai jemaah di sana dan hati tak dapat elak dari rasa risau "ada tempat ke, muat ke", tapi satu nasihat yang saya terima dari seorang makcik, katanya Allah sudah jemput kita jadi tetamuNya, pasti Allah akan beri ruang bagi setiap tetamuNya. Tiada yang mustahil bagiNya & sentiasalah bersangka baik.
.
.

Memang ada ujian masing-masing di sana tapi inshaAllah kita akan berjaya hadapi. Sebelum ni saya tak pernah tahu bahawa rupanya ada hadith sahih yang mengatakan bahawa HAJI ADALAH JIHAD BAGI KAUM WANITA. (Dari hadith sunan Ibn Majah, Sahih Jami' as Saghir; Aisyah RA bertanya "Wahai Rasulullah, apakah ada jihad bagi wanita?” Baginda menjawab, “Jihad yang tidak ada peperangan di dalamnya, iaitu haji dan umrah."
.
.

MashaAllah, moga kita buat yang terbaik untuk jihad ini dan moga Allah permudahkan urusan ibadah haji kalian serta diberi haji yang mabrur inshaAllah. <3
.
.

Nor Sajidah Zulkafli,
Yang merindui kembara Haji. 


Selepas 5 Tahun

Bismillah.

Nak menulis sikit sementara tunggu Maghrib. Tadi baru lepas pergi UIA melepas rindu. Haha takdelah. Sebenarnya pergi sebab ada nak jumpa lecturer dan tujuan paling utama ialah jeng jeng jeng.... Nak buat spek! :p

Sekian lama tak buat spek. Sebab apa? Sebab memang tunggu nak buat kat UIA tu. Kedai lain tak ada ke? Bukan tak ada, tapi setakat yang selama ni survey-survey kat kedai spek kat shopping mall, semuanya tak ada saiz yang dikehendaki iaitu saiz 46. Saiz ni lah yang cun, sebab kalau pakai, tudung tak kembang. Kali terakhir buat spek ialah tahun 2012. Lama kan?

Jadi, bila dah 5 tahun tak tukar spek ni, memang lah spek kelabu sebab kanta dah calar-calar sikit. Sejak setahun dua ni memang kat rumah tak pakai spek langsung walaupun tak nampak mana sangat. Kiri 275, kanan 325. Ada silau 50. Memang tadi dah buat cek mata sekali, sebab orang lain sibuk duk pesan "jangan selalu sangat bukak spek, nanti rabun makin naik." Memandangkan kebanyakan masa duduk kat rumah je, maknanya dalam 24jam tu, peratus waktu tak pakai spek lagi banyak daripada pakai spek.

Yang menariknya, lepas je cek tadi, pakcik kedai tu cakap, power tak naik pun. Hehe. Jadi salahlah cakap-cakap orang tu. ;) Mungkin ada benarnya tapi bukan untuk saya. Apa lagi yang menarik? Saya buat spek baru yang sama bentuk dan saiz dengan yang lama. Haha. Kalau pakai spek baru nanti, memang 99.9% orang takkan perasan saya dah tukar spek. Yang berbeza cuma brand & warna. Warna sebelum ni coklat pekat. Yang baru ni pure black.

Harapnya lepas-lepas ni pun booth spek tu akan sentiasa ada kat UIA tu. Sebab plannya nak buat spek kedua lepas ni. Yang bentuk lain sikit. :)) Harga reasonable, pilihan cantik-cantik, servis bagus, Alhamdulillah. Masa 2012 tu pun memang beli dari booth ni jugak. Moga Allah terus murahkan rezeki booth spek tu Amin ya Rabb.

Ni lah spek nya. Dari 2012-2017. Gambar ni tahun 2013. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...