Friday, October 12, 2018

17 Pesanan Prof Muhaya tentang Mengurus Masa

Bismillah,

Saya ingin berkongsi sedikit apa yang saya dengar dari slot Prof Muhaya di Ikim.fm berkaitan mengurus masa. Disebabkan saya juga mengejar masa, saya hanya akan menulis dalam bentuk point dan mudah-mudahan ia senang difahami & dipraktikkan inshaAllah.

1) Pastikan apa yang kita update di whatsApp atau mana-mana social media kita adalah perkara yang bermanfaat. Jika kita share sesuatu yang lagha atau membuang masa, kita sebenarnya sudah membazirkan masa orang lain untuk membaca apa yang kita share.

2) Salah satu ciri ahli syurga ketika di dunia ini ialah: dia sentiasa tenang di dunia. Kerana hatinya sibuk mengingati Allah. Tidak sibuk dengan hal manusia, apatah lagi yang tidak berkaitan dengannya atau yang tidak memberi manfaat.

3) Semakin banyak seseorang itu berwhatsApp, semakin rendah produktiviti kerjanya. Kerana banyak masanya telah dihabiskan untuk melihat whatsApp.

4) Hargai sesiapa yang berada di hadapan kita. Jangan leka dengan komunikasi di alam maya sehingga kita mengabaikan komunikasi yang di dunia realiti.

5) Manusia yang paling penting pada saat ini adalah: Manusia yang berada di hadapan kita, yang sedang berurusan/ berkomunikasi dengan kita.
Waktu yang paling penting adalah: waktu sekarang.
Perkara yang paling penting untuk dibuat adalah: apa sahaja kebaikan

6) Nabi sollallahu alaihi wasallam, apabila berurusan atau berbicara dengan sesiapa yang di hadapannya, dia akan membuatkan orang itu merasa seperti dialah manusia yang paling penting bagi Nabi, Betapa Nabi menghargai manusia yang berada di hadapannya. Oleh itu janganlah kita terlalu leka dengan handphone sehingga mengabaikan sesiapa yang di hadapan kita.

7) Salah satu tanda Allah sayang kita: Allah letakkan rasa benci kepada perkara lagha dalam hati kita.

8) Perlu selalu minta Allah beri kecukupan waktu kepada kita & beri keberkatan masa.

9) Untuk yang sudah berkahwin, jadikan pasangan kita sebagai "taqwa partner" kita, yang membantu kita menjadi hamba Allah yang beriman.

10) Bangun pagi, jangan terus buka handphone atau social media. Selepas selesai solat, mandi, serta apa yang sepatutnya, jika mahu buka handphone, bukalah video yang berkaitan motivasi atau mencari inspirasi.

11) Kalau kita berpegang kuat dengan Al Quran, hubungan kita sesama suami isteri akan jadi lebih baik.

12) Di rumah kita, pastikan kawasan meja makan adalah GADGET-FREE ZONE.

13) Di rumah, kalau kita ada rasa menyampah atau tak suka bila tengok pasangan kita, tetapi di tempat kerja kita rasa seronok berurusan dengan mereka yang berlawanan jantina, itu tandanya syaitan sudah berjaya mempegaruhi kita dan membuat kita hanya nampak keburukan pada pasangan kita. Memang itu kerja syaitan, iaitu untuk memisahkan suami dan isteri atau mencetuskan pergaduhan.

14) Kena sentiasa tanya pasangan kita;

"Have I been a good husband/wife to you?"

"Kalau saya mati sekarang, ada tak apa-apa perkara yang awak terkilan?"

15) Tanya diri kita, ada tak kita ni berniat untuk jumpa pasangan kita di syurga nanti?

16) Kalau suami/isteri kita nampak banyak sangat berwhatsApp, itu salah satu tanda bahawa dia mungkin kekurangan perhatian dari pasangan, jadi dia cari perhatian di whatsApp.

17) Usah terlalu banyak bermain game atau melayan hiburan. Kalaupun kita perlu, pastikan ia hanya 5% sahaja dari kehidupan kita.

Salam Jumaat & semoga bermanfaat! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...