Wednesday, October 17, 2018

3 Cara Mudah untuk Ingat Apa yang Kita Baca

Bismillah.

Pernah saya ditanya tentang soalan ini, iaitu;

"Macam mana kita nak ingat apa yang kita dah baca?"

Sebab kita mesti ada waktunya lepas habis baca sesuatu buku, kita rasa macam,

"Eh, apa yang aku dah baca dari buku ni ye?"

Jadi saya nak kongsikan di sini tentang 3 cara yang dapat membantu kita untuk mengingat isi buku yang kita baca, samada fiksyen (cerita) atau bukan fiksyen.




Cara pertama: Gariskan isi penting dari setiap muka surat yang kita baca. Dan untuk yang suka, anda boleh catatkan apa yang anda faham dari mukasurat tersebut di ruang kosong mukasurat berkenaan. Ada orang suka 'conteng' buku yang sedang dibaca, dan ada yang tak suka. Tapi sekurang-kurangnya dengan cara menggariskan isi penting (atau ayat penting) akan dapat membantu kita mengingati apa yang kita baca.

Cara kedua: Ceritakan apa yang kita baca kepada orang lain. Contohnya kita sedang berbual dengan kawan, jadi ambil peluang tersebut untuk ceritakan serba sedikit tentang isi buku yang sedang kita baca. Kerana apabila kita bercerita menggunakan ayat sendiri, kita cenderung untuk lebih mudah mengingati serta memahami apa yang kita baca.

Cara ketiga: Tulis. Kongsi di blog atau facebook atau Instagram anda tentang buku yang sedang anda baca. Kongsikan isi penting dari buku tersebut secara ringkas. Atau anda boleh juga menulis review tentang buku tersebut. Dengan cara ini, otak kita pasti akan memproses semula apa perkara atau data yang telah kita dapat dari pembacaan sebelum ini.

Boleh cuba dulu tips ini supaya anda tak rasa membuang masa membaca buku yang akhirnya anda lupa apa isinya. Selain tiga tips ini, yang penting adalah untuk praktikkan ilmu yang kita dapat dari buku tersebut. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...