Thursday, October 18, 2018

Reviu Buku: Nota Parenting Ohsem oleh Dr Taufiq Razif

Bismillah.

Sejak menjadi seorang ibu, ada banyak buku parenting yang telah saya baca. Dan antara yang saya rasakan amat membantu & mudah difahami adalah buku Nota Parenting Ohsem oleh Dr Taufiq Razif.

Inilah kali pertama saya membaca buku parenting yang ditulis oleh lelaki Melayu. Dan sungguh saya amat berterima kasih kepada beliau kerana menulis buku yang sangat bagus seperti ini. Saya amat sarankan anda semua yang bergelar ibu/bapa untuk mendapatkan buku ini.



Saya tidak mahu mengulang menulis isinya di post kali ini, tetapi saya ingin menyenaraikan sebab-sebab mengapa anda wajib baca buku Nota Parenting Ohsem (NPO) ini.

1) Mudah difahami: Bahasa yang digunakan sangat mudah difahami dan tidak perlu dibaca sesuatu ayat itu sehingga dua/tiga kali demi mendapatkan kefahaman.




2) Susun atur isi kandungan yang menarik: Ia bukan semata-mata tulisan berperenggan dari awal hingga akhir bab, akan tetapi ada beberapa bahagian dari setiap bab yang disusun dalam bentuk point, serta ada rajah yang membantu. Perkara ini memudahkan kita untuk mencari apa isi pentingnya, dan apa yang perlu kita lakukan.



3) Immediate-action: Banyak nasihat serta tips dalam buku ini yang kita boleh terus praktikkan. Contohnya, doktor memberi nasihat supaya tutup TV apabila telah selesai rancangan yang anak kita tonton, kerana bunyi dari TV itu boleh mengganggu minda anak kita walaupun dia tidak menontonnya.



4) Melibatkan ibu & bapa: Tips serta nota dalam buku ini tidak dikhaskan untuk ibu sahaja. Ia juga menekankan peranan bapa & apa yang bapa boleh lakukan dalam situasi tertentu. Jadi, ia sangat sesuai juga dibaca oleh para bapa, apatah lagi ia memang ditulis oleh seorang lelaki.



5) Tidak meleweh: Antara perkara yang signifikan tentang buku ini; nota parenting nya straight to the point dan tidak memberi data serta cerita yang panjang yang tidak bermanfaat. Ia terus bercakap tentang perkara yang kita perlu tahu. Contohnya; untuk cara menjadikan anak kita hebat. Doktor tidak menjelaskan apa itu maksud anak hebat atau apa sahaja perkara pendahuluan, tetapi doktor terus senaraikan apa yang kita sebagai ibubapa boleh lakukan. Apa caranya? Yang itu kena baca dari buku Nota Parenting Ohsem, mukasurat 53. ;)

Saya tahu dan faham yang ramai ibubapa alami situasi di mana dalam fasa tertentu mereka berasa buntu (atau tertekan) memikirkan apa lagi cara terbaik dalam mendidik anak-anak. Cara yang saya dapat bantu anda semua adalah dengan memperkenalkan buku ini, yang inshaAllah akan banyak memudahkan anda menguruskan anak-anak serta emosi sendiri. Ya, emosi ibubapa sangat berperanan dalam mendidik anak-anak. Boleh baca dengan lebih lanjut dalam buku Nota Parenting Ohsem ini.

Dari mana saya dapatkan buku ini? Saya beli di MPH. Dan rasanya banyak juga kedai buku yang menjual buku ini, online atau offline. Kalau nak beli dari doktor juga mungkin boleh, ini link facebook beliau: https://www.facebook.com/taufiq.razif


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...