Thursday, February 14, 2019

Koleksi Buku Nota Peribadi

Bismillah.

Untuk entri kali ini, saya hanya ingin berkongsi jenis-jenis buku nota yang saya ada. Dengan harapan ia dapat bantu memberi inspirasi kepada kalian untuk mewujudkan buku nota yang sama atau seumpama dengannya, supaya dapat memperbaiki hidup dan bantu kita jadi manusia yang lebih baik dari semalam inshaAllah. Saya akan tulis penerangan pendek setiap buku di setiap gambar.

Di dalam buku ini, saya tuliskan perkara yang saya ingin improve atau ubah tentang diri saya. Contohnya saya mahu upgrade solat sunat dhuha dari 2 rakaat menjadi 4 rakaat. Maka saya akan tulis. Dan saya akan tulis target yang baru sekiranya saya berjaya jadikan target sebelum itu sebagai rutin harian. Di sini saya cuba untuk praktis baiki diri sedikit demi sedikit tetapi secara berterusan.

Idea datang tak kira masa, dan harganya mahal. Jadi bila ada sahaja idea yang menerjah, saya akan terus tulis dalam buku ini supaya saya tak lupa. Samada berkaitan kehidupan peribadi, family, Elsajida, dan sebagainya. 

Catatan untuk sebelum meeting dengan team Elsajida & ketika meeting. 

Catatan tazkirah dari kuliah offline atau online.

Idea untuk mewujudkan journal ini diilhamkan oleh Carrie Green, penulis buku She Means Business. Katanya journal sebegini akan membantu kita sedikit sebanyak dalam perjalanan naik turun bisnes. Saya tak menulisnya hari-hari. Adakala seminggu 2 kali, adakala 3 kali, bergantung kepada keperluan saya mahu meluah tentang Elsajida. 

Planner yang memang setiap hari saya akan isi dan rujuk. 

Du'a Journal ini sudah sedia ada template di dalamnya, tentang apa yang kita syukuri, apa yang kita mahu baiki, apa yang kita mahu capai berkaitan iman, dan saya juga tidak mengisinya setiap hari. Tapi catatan doa ini bagus untuk kita tulis. Kerana impian itu sangat bagus sekiranya ia turut terlakar di atas kertas. Menjadi satu doa yang inshaAllah akan dimakbulkan. 


Dalam buku nota ini semuanya catatan tentang tips atau nota bisnes, yang saya dapat dari online atau offline, atau dari buku yang saya baca. 

Saya memang lebih suka mengasingkan setiap catatan berlainan mengikut buku yang berlainan. Supaya lebih mudah untuk dirujuk dan mudah untuk dibaca. Apapun, dari usia muda lagi saya sangat suka dengan buku nota. Bagi saya apabila kita banyak menulis dengan pena, ada satu kepuasan tersendiri. Dan saya selalu percaya bahawa perancangan atau impian yang kita tulis, merupakan satu doa yang inshaAllah akan lebih mudah menjadi realiti jika ditulis di atas kertas. Ia tanda kita serius dalam usaha mahu mencapai perkara tersebut.

Moga ada manfaat yang anda boleh ambil dari entri kali ini. :)

Tuesday, February 12, 2019

My January Book Wishlist

Bismillah.

Biasanya bila masuk bulan baru, ramai orang akan kongsi book haul mereka, iaitu buku-buku yang telah mereka baca untuk bulan sebelumnya. Tapi untuk bulan ini, sengaja saya mahu buat kelainan, saya mahu kongsi buku-buku yang ditambah masuk ke dalam wishlist saya untuk setakat bulan Januari.

1. Walk with Wings oleh Tene Edwards


Buku ini buku poems. Ada yang kongsi sajak dari buku ini dan saya terus jatuh cinta.
Kerana sajaknya tentang strength, inspirasi, motivasi dan sebagainya. 

2. Asam Garam Rumah Tangga Nabi oleh Luqman Makhtar
Semakin dewasa, semakin saya sentiasa tercari inspirasi dari sirah Nabi sollallahu alaihi wasallam. Kerana itu, saya mudah tertarik dengan apa sahaja buku sirah. Mahu contohi mereka yang berjaya dunia akhirat.

3. Hope Rekindled oleh Raghad Ebied

Kerana sekarang saya amat suka baca buku-buku yang empowering seperti ini, yang ditulis oleh muslimah.

4. High Performance Habits oleh Brendon Burchard

Bermula dengan menonton video-video motivasi & bisnes di youtube nya, membuatkan saya tertarik untuk membeli bukunya.

5. Taking Action oleh Barakah K. Hassan

Top wishlist! Sebab buku bisnes untuk wanita, oleh muslimah. Agak rare. 

6. Be Strong oleh Bonda Nor

Tertarik dengan tagline "berani menjadi aku." Tak sabar nak dapatkan untuk cari motivasi buat diri.



7. Da'i Disruptor oleh Muharikah

Sebab penulisnya ialah Muharikah dan setakat ini saya belum terlepas lagi apa-apa bukunya. Kecuali yang ini. :)

8. Rediscover Allah Rediscover Yourself oleh Aliyah Quadri

Ini juga lebih kurang buku Hope Rekindled, oleh Muslimah (bukan Malaysia), berkaitan inspirasi hidup.

9. Grit oleh Angela Duckworth

Mula kenali istilah grit dari video penulisnya di Tedtalk. Kemudia nampak ramai orang beli buku ini  di BBW tahun lepas. Sayangnya saya tak jumpa buku ini ketika itu. Ada di bookstore biasa tapi semestinya harga berkali ganda mahal berbanding di BBW. 

10. Usrahku Sayang oleh Ustazah Fatimah Syarha

Tiba-tiba rasa teringin nak baca buku ni tentang usrah. Dan saya memang jatuh hati dengan penulisan ustazah, bermula dengan novel Tautan Hati suatu masa dulu.

Saya kongsikan 10 sahaja. Bulan depan saya kongsi wishlist Februari pula. Wishlist ni tak bermakna saya mahu beli serta merta, tapi sekurang-kurangnya bila saya ke kedai buku, saya dah tahu saya mahu buku apa. Dan mungkin boleh jadi buku dalam wishlist anda juga. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...