Saturday, June 1, 2019

Iftar Elsajida 2019 & Review Pops Eatery

Bismillah. 

Saya jarang buat entri berkaitan makanan tapi nak rakam kenangan buka puasa tahun ni dengan team Elsajida. Setiap tahun pun ada buat & biasanya makan buffet. Tapi tahun ni, team semua kata taknak buffet sebab takut membazir sebab makan tak banyak mana. 

Survey punya survey, Alhamdulillah jumpa restoran Pops Eatery ni. Tengok menu nya menarik. Harga pun kategori murah sebab mostly belas-belas ringgit sahaja. Semalam bertolak dari HQ Elsajida dalam pukul 620pm. Tempatnya tak jauh mana, sepatutnya dalam 15 minit dah boleh sampai. Tapi jem teruk mashaAllah. Pukul 7pm baru sampai di Pops.



Bila dah sampai lambat tu, memang kena faham-faham lah makanan pun akan sampai lambat. Sebab kami book meja sahaja. Makanan belum order. Maka berbukalah dengan air masak sahaja. Dan kami decide untuk solat dulu di surau di hujung jalan.

Di surau berdekatan. Ada makanan iftar rupanya di surau. Ambil juga buat sahur. :)
Melukis sambil menunggu.

Dia pun nak lukis.


Dalam 20minit menunggu, Alhamdulillah makanan pun sampai. Jom tengok gambar yang sempat saya snap & review nya.




Japanese Chicken Curry. Yums! Kena dengan tekak Melayu. Ada telur goyang, kangkung, chicken katsu. 


Seafood platter, Yums jugak. Even fries dia pun best. Rasa macam homemade punya. Pure rasa kentang 


Salted egg chicken burger. Portion besar. Untuk dua orang. Rasa masin-masin lemak-lemak dari salted egg. Nak lagi padu, tambah sos cili 


Nachos! Sedap juga. Two thumbs upp! Ala-ala lasagna sikit rasanya. 


Ada lagi makanan lain tak sempat snap gambar; Green Curry Chicken (my favorite!), mac & cheese, buffole chicken wings, dan lain-lain yang memang sedap.  Kesimpulannya memang restoran ni highly recommended! Harga boleh dikatakan murah compared to restoran lain yang lebih kurang menunya. Tapi Pops Eatery ni ada di Wangsa Maju & Setapak sahaja. Selamat mencuba! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...